Sabtu, 3 September 2016

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2017

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 1 SEKOLAH KAWALAN MENENGAH 2017


Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem aplikasi ini boleh dicapai menerusi url berikut :

https://public.moe.gov.my

Permohonan Ke Sekolah Kawalan (Menengah) Negeri Johor Bagi Ambilan Sesi Persekolahan Tahun 2017 kini dibuka SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2016.

Permohonan ini adalah bagi Akaun IBUBAPA SAHAJA bagi SEKOLAH KAWALAN iaitu :

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  2. Kelas Kawalan (KK)
  3. Kelas Rancangan Khas (KRK)
  4. Sekolah Kawalan (SKw)
  5. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Nota :

  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA / PENJAGA / GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL, LENGKAP dan TEPAT;
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;
  4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak. PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT;
  5. Sekiranya ada maklumat permohonan yang tidak tepat dan perlu dikemaskini, sila hubungi Guru Kelas murid yang memohon untuk pengemaskinian permohonan dan cetakan semula permohonan;
  6. Sila hubungi Penolong PPD Menengah Murid (PPDMM) di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan perkara ini.


Garis panduan penggunaan aplikasi boleh dimuaturun melalui url berikut :
https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: