Pokemon Go


Pokemon Go. So. Aku install jugak at last.Just nak nengok mender yang menarik sangat pasal Pokemon Go ni. Yang pasti game penuh kontroversi ni menarik pelbagai pendapat. Ada yang kelakar. Ada yang merepek. Ada yang bernas. For me. Anda kena faham apa yang anda buat. So. Aku share sikit apa yang aku paham dan dapat menerusi game ni.

Basic Gameplay
1st of all. Main dia simple. Base on GPS. Peta akan keluar ikut lokasi anda. Ada pokemon akan muncul pada map anda. Ready untuk tangkap. Tekan pokemon. Kalau jauh kena la jalan ke pokemon tu. Pokemon muncul. Baling bola pada bulatan yang timbul pada pokemon tu. Dah setel.

Samada just nak main bodo bodo ja tangkap apa ada depan mata. Atau sibuk nak jadi champion kejar semua menatang yang ada. Yang kes kedua tu yang jadi havoc. Sebab merata tempat sibuk nak cari menatang. Lagi satu bila dah masuk team dan dah seronok dok belasah pokemon lain kat gym. Aku setakat main kiri kanan kaki aje. Dok kat rumah je pun leh dapat bertabur seploh doploh. Tapi setakat tikuih ngan ayam la. Kekeke. Tapi jangan lupa. Tangkap juai pun dah leh dapat candy bebanyak. Evolve ayam 2 kali dah jadi super ayam. Jangan mara aaa.. aku pakai ayam tikuih aje, Tikuih pun sama. Sekali evolve leh jadi super tikuih. Jangan lupa up power sampai ujung dulu sebelum evolve. Bagi yang baru. Juai tu transfer lam game ni. Sekali transfer dapat la beberapa bijik candy untuk evolve yer.

Level
Level kita akan bertambah setiap kali XP bertambah dan penuh kuota untuk level tertentu. XP bertambah bila berjaya tangkap pokemon, gi pokestop, gi training atau battle kat gym.

Evolution
Pokemon boleh diupgrade atau dievolve. Syarat utama kena la ada stardust dan candy yang cukup. Stardust ni boleh kita dapat menerusi proses tangkap pokemon. Juga kita akan dapat candy. Candy ni juga kita leh dapat bila kita transfer pokemon kita. Macam aku sesaja ja upgrade dulu sampai max. Baru aku evolve. Memula main. Evolve je. Saja nak penuhkan pokedex ngan siri siri dari pokemon yang sama. Dah mula turun ke gym baru la rasa apsal la pokemon aku ni biasa biasa aje. Kes evolve awal awal. Kekekeke.

Pokestop
Bila asyik dok main tangkap je. Pokeball akan habis. Ada tiga cara nak dapat pokeball. Yang paling mudah adalah bila naik level. Tapi bukannya senang nak naik tetambah bila dah over level 10. XP makin panjang. Tu yang pakat reramai jenjalan cari pokestop ni. Ikut nasib. Bila sampai pokestop klik pokestop tu. Dan pusing gambar yang dalam bulatan tu. Cara dia. Slide ke kanan. Nanti bila pusing ada la bender bender akan keluar. Nanti aku listkan beberapa yang aku jumpa area yang selalu aku lepak. Kat sini juga kekadang kita akan dapat telur. Telur ni kena letak dalam incubator dan akan menetas setelah kita berjalan mengikut jarak yang ditetapkan. Ada 3 jenis telur iaitu 2km, 5km dan 10km. Of coz. Telur 10 km akan keluarkan menatang yang lebih supercool.

Pokemon Gym
Dah lebih level 5. Kita akan dapat masuk gym. Sebelum kita mula battle atau training dia akan minta kita pilih dulu warna team. Nak pilih warna tak perlu ada dekat. Asal tekan gym aje dia akan minta kita pilih team. Aku. Cam biasa la. Team merah. Kekeke. Tengok kat area ni penuh ngan team biru. Ni satu lagi sebab orang merayap dan duduk depan tempat tu.

Terms battle berlaku bila kita duduk depan gym yang tak sama kaler. Masuk kat battle ngan apa sahaja pokemon yang ada kat situ. Yang penting. Kena tau  kelemahan pokemon tersebut. Contoh. Api kalah ngan air. dsb... Cara lawan adalah tap untuk serang. Nak buat serangan spesel. tekan lama dan lepas. dan kita jugak boleh ngelak dengan cara slide pokemon ke kanan atau ke kiri. Bila dah menang kita boleh letak pokemon kita kat situ. Bila kita berjaya defend tempat tu. kita akan dapat gold. hmmm.. tapi bukannya senang tetambah kalau pokemon kita sekadar pokemon picisan. ramai yang datang untuk claim tempat tu. dan kita leh letak satu pokemon je. so kalau team kita ramai. gym tu akan jadi kuat. max 10 player leh conquer lam satu satu masa.

Term training pula hanya boleh jadi untuk gym yang sama kaler. nanti aku list jugak beberapa pokemon gym yang aku jumpa. hehehe. So. tu ler serba sikit pasal pokemon go yang aku leh share. kalau nak main pastikan keselamatan terjaga. dont over taksub. tak kemananya pun. last. ni tempat yang aku sempat observe. masa lepak lepak ja dapat benda ni. tu pun tak pergi pun. kalau sebelah aku memang gi la.

Pokemon gym

  • Taman Nusantara
    • Kuil Hindu di Nusaria 6
    • New Chua Kee di Nusaria 3
  • Anjung Nusajaya
    • Landmark Anjung depan Mydin
  • Educity
    • Tak ingat bangunan apa dalam University of Reading
  • Larkin
    • Taman depan STF
    • Tak ingat bangunan apa dalam IPGM 

 Pokestop pandai pandai la korang cari sebab benda ni bersepah kot. Yang list ni nanti aku update lagi dari semasa ke semasa. Tu pun kalau ada masa la. Bukan kerja nak nengok dia aje. Aku tengok masa santai je.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP