LRT aliran Ampang, Sri Petaling ditutup malam ini


LRT aliran Ampang, Sri Petaling ditutup malam ini. Bermula tengah malam ini, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) aliran Ampang dan Sri Petaling akan ditutup kepada pengguna awam sehingga 6 pagi Ahad.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, penutupan semua 36 stesen itu bagi membolehkan kerja-kerja penstrukturan semula laluan Ampang yang akan dikenali sebagai laluan Sri Petaling.


"Bermula Ahad ini, laluan Ampang akan dikenali sebagai laluan Sri Petaling di mana penumpang daripada Sentul Timur boleh terus ke Bandar Tasik Selatan atau Sri Petaling tanpa perlu berhenti untuk tukar tren di stesen Chan Sow Lin seperti sebelum ini.

"Sebaliknya, hanya penumpang yang hendak ke laluan Ampang membabitkan stesen Miharja,Maluri, Pandan Jaya, Cempaka dan Cahaya perlu berhenti di stesen pertukaran Chan Sow Lin," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, pengguna pengangkutan awam itu masih boleh menggunakan semua stesen berkenaan untuk menaiki bas perantara yang disediakan pihak Prasarana secara percuma sepanjang tempoh penutupan itu.

"Kami menyediakan 70 buah bas perantara secara percuma di semua 36 stesen LRT dengan kekerapan antara 15 hingga 30 minit untuk kemudahan pengguna," katanya.

Sejak beroperasi pada 1996, tren laluan Ampang secara purata menampung keperluan 190,000 pengguna pengangkutan awam sehari.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam