Majlis Pelancaran Bas Muafakat Johor

Majlis Pelancaran Bas Muafakat Johor

Majlis Pelancaran Bas Muafakat Johor. Semalam berlangsung di PPR Stulang. Memang terbaeekkk!!!! Banyak manfaat pada rakyat terutama murid sekolah. Aku pun buat jugak kad ni, tapi mohon secara online lah. Pastu dah lama tak tengok status. Booth yang dibukak pun tak berkesempatan gi tengok. Nanti nanti lah.

JOHOR BAHRU, 22 April – Kerajaan Negeri Johor hari ini menegaskan bahawa perkhidmatan bas percuma, iaitu Bas Muafakat Johor hanya ditawarkan kepada rakyat negeri ini dan warganegara Malaysia sahaja.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, perkhidmatan bas percuma itu telah direka khas bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan pengangkutan awam rakyat tempatan bagi meringankan kos sara hidup mereka.

“Kita tidak seperti di Selangor yang mana bas percumanya terbuka kepada semua yang akhirnya kini bas percuma tersebut menjadi bas warga asing.

“Bas Muafakat Johor ini khusus hanya untuk warganegara kita, rakyat kita, dan warganegara asing boleh menaiki bas yang lain yang menggunakan laluan berbeza” ucap beliau pada Majlis Perasmian Bas Muafakat Johor di Dewan Serbaguna Projek Perumahan Rakyat Sri Stulang di sini, hari ini.

Tambahnya ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri membantu meringankan beban hidup rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi selain mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

“Ini adalah tanda terima kasih kita kepada rakyat yang telah memberikan sokongan kuat kepada kepimpinan Kerajaan Negeri hari ini”, katanya.

Menurutnya lagi kerajaan akan sentiasa mencari cara untuk membantu rakyat, melalui kaedah yang dapat memberi impak positif kepada seluruh lapisan masyarakat Johor.

“Kalau kita lihat, pembangunan inklusif yang berjalan di negeri Johor, tidak dibina ‘asal ada’ dan kita tidak mahu sekadar retorik dalam menyelesaikan masalah rakyat”, tambahnya.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd Latif Bandi, Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad, dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), A. Rahim Nin.

Perkhidmatan bas percuma ini telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2016 dan meliputi 15 laluan di Kulai, Johor Bahru, dan Pasir Gudang.

Laluan direka untuk melalui pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, dan tempat-tempat tumpuan rakyat bagi memudahkan urusan harian.

Lebih 50 ribu pengguna akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan 30 buah bas yang telah dilengkapi dengan kemudahan peranti pengesanan GPS, kamera litar tertutup (CCTV), sistem data pengguna dan kemudahan Wifi percuma.

Bangsa Johor serta rakyat Malaysia hanya perlu mendaftar sekali seumur hidup untuk kad Bas Muafakat Johor pada harga RM10 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Dalam pada itu, Yayasan Johor Bahru yang dipengerusikan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad, mengumumkan persediaan untuk membiayai kos pendaftaran kad berkenaan kepada 600 orang warga emas.

Berita : Jauhar

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied