Fisioterapi, at last

Fisioterapi, at last

Fisioterapi, at last. Ni yang aku sentiasa idam-idamkan. Akhirnya. Hari ni aku dapat jugak sesi ni kat HSA. Betullah kata doktor last aku jumpa. Kalau kita tak cakap, memang dia tak akan beri. Kisahnya pagi tadi memang kaki aku sakit sangat. Ni ekoran sesi turun sekolah yang tak berenti sejak Khamis lepas. Patutnya aku ada masa relax dalam satu hari atau dua. Tapi aku gasak ja. Dah jadi full pack aktiviti dari Khamis sampai ke semalam. Ntah la. Bila aku seronok buat sesuatu aku memang biasanya akan abaikan keadaan diri aku. N. Mendapat la pagi tadi. Cuba jaya jugak. Kononnya nak masuk opis dulu. Dalam pukul 10 baru nak gi klinik. Kononnya lah. Sekali turun ja dari kereta. Adoilaa... Nak punch pun aku park sampai depan mesin kot. Cabaran kedua. Nak jalan ke opis. Adesss.. Selangkah. Dua langkah. Lepak jap kat tepi pintu. Duduk kejap. Bangun semula. Selangkah dua langkah. Tak leh jadi. Paling jauh sampai cermin tepi tu jer.

Terus masuk balik lam kereta. Keluarkan ubat. Telan kat situ jugak. Mesej bos. Terus slow slow bawak sampai ke Mahmoodiah. Alhamdulillah. Sampai situ. Cuba keluar. Selangkah. Dua langkah. Ubat dah ada efek. Sampai aku ke dalam. Jumpa doktor. Dapat pelbagai nasihat. Jangan pakai selipar kata dia. Better pakai kasut sebab dia akan beri support yang lebih pada kaki. Pakai selipar akan mempercepatkan lagi bengkak tu. Wahhh.. tapak dia pun lebih keras. Try mintak fisio. Doktor kata memang saya nak bagi ni. Keluar. Gi amik ubat. Pastu terus ke fisio untuk buat appointment. Sampai bulan mei tu. Penuh. Tak kisah la. Balik. Masuk opis. Lunch makan ubat. Kecik ja ubat dia. Tapi. Tak pernah aku rasa mengantuk sebegini.

Balik. Singgah farmasi. Cari dua benda macam fisio suruh cari. Plaster Acoustop dan insole memory form. Plaster selesai. insole kena order. OK ler tu. Sampai rumah, efek ngantuk tu terus jalan. Dapat tilam terus tertidur. Pergghhh. Update blog jap. Pasni nak makan, makan ubat, tempek plaster dan tido. Lain macam pulak kelaparan aku malam ni.

Fisioterapi, at last






---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam