PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIK KOREA TAHUN 2016

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa untuk mengemukakan pencalonan daripada KPM untuk mengikuti Program  Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute, Republik Korea Tahun 2016. Tarikh pelaksanaan program adalah seperti berikut:

Bil
Program
Tarikh
1.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi Kumpulan Junior Gred 41-44
03 April 2016 hingga
16 April 2016
2.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi Kumpulan Pelaksana Gred 27-40
23 Mei 2016 hingga
03 Jun 2016
3.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi Kumpulan Senior Gred 48-54
24 Oktober 2016 hingga
04 November April 2016

Objektif kursus 
Menyediakan latihan kepimpinan dan pembangunan sumber manusia kepada pegawai Kerajaan Malaysia, berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan sistem pentadbiran Kerajaan Republik Korea serta mengeratkan hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara. Modul kursus ini meliputi ceramah, kajian kes serta lawatan ke agensi Kerajaan, pusat sejarah dan kawasan industri

Syarat-syarat

  • Berumur tidak melebihi 56 tahun pada 1 Januari 2016;
  • Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana seperti ketetapan berikut:
Bil
Program
Gred
1.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi Kumpulan JuniorGred 41-44
Pengurusan dan Profesional Gred 41-44
2.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi KumpulanPelaksana Gred 27-40
Pelaksana Gred 27-40
3.
Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2016 bagi Kumpulan SeniorGred 48-54
Pengurusan dan Profesional Gred 48-54
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85 markah ke atas bagi tempoh genap 3 tahun skim perkhidmatan terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT genap 12 bulan;
  • Tidak mengikuti kursus pendek dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA;
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan mental; dan
  • Keutamaan diberikan kepada pegawai yang menjalankan tugas terkini dalam bidang pengurusan.

Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:

                  (a)        Borang JPA(L)LDP 1A/96 (LAMPIRAN B);
                  (b)        Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C);
                  (c)        Salinan Senarai Tugas; dan
                  (d)        Salinan Kad Pengenalan calon.

Borang JPA(L)LDP IA/96 (LAMPIRAN B) akan disediakan oleh BPSM dan BPG  masing-masing.

Tarikh tutup permohonan online
22 Januari 2016 (Jumaat). Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 22 Januari 2016 (Jumaat) jam 5:00 petang kepada:

            5.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

            5.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut:
                                 
BPSM

Encik Azmi Tepoli                                          
Tel                  :           03-8884 7947
E-mel              :          azmi.tepoli@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925
                                                                                                                     
Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel                  :           03-8884 7943
E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 7925

BPG

Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel                  :           03-8884 1067                                
E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faksimile       :           03-8884 1222

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied