KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA : ISU PERTUKARAN GURU

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA : ISU PERTUKARAN GURU

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA : ISU PERTUKARAN GURU


  1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada Kepentingan-kepentingan Perkhidmatan. Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri.
    • Lebihan Guru – bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.
    • Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru – bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat.
    • Keperluan Opsyen – bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka.
  2. Bagi meningkatan kecekapan pengurusan tersebut, KPM telah berusaha mewujudkan sistem “Traffic Light” yang dapat membantu dan mengenalpasti dengan lebih tepat berkaitan ketiga-tiga perkara di atas. Sistem ini juga boleh membantu guru-guru yang ingin bertukar melihat tentang kekosongan jawatan dan keperluan opsyen sehingga ke peringkat daerah di seluruh negara.
  3. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan tersebut juga, pihak KPM telah membuat penambahbaikan pengoperasian khususnya berkaitan pasangan yang terpisah seperti yang sering diwar-warkan ketika ini. Sehubungan itu, bermula tahun 2016, KPM telah megambil tindakan-tindakan seperti berikut;
    • Mewujudkan Jawatankuasa Khas Pertukaran Guru yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa ini akan meneliti kes-kes khas rayuan guru yang berpisah pasangan untuk diberi pertimbangan oleh Ketua Perkhidmatan. Kes-kes Khas yang diberi pertimbangan ini termasuklah;
      • KPM boleh menawarkan kepada pasangan tersebut untuk ditempatkan bersama pasangannya di negeri atau daerah yang mempunyai kekosongan perjawatan. 
      • Kes sakit kronik (Diri sendiri, Pasangan suami/isteri, anak dan ibu/bapa), KPM boleh menawarkan untuk ditempatkan di negeri atau daerah yang mempunyai kekosongan perjawatan dan mempunyai kemudahan perubatan yang sesuai.
      • Ancaman keselamatan (Diri sendiri, Pasangan suami/isteri). Dalam hal ini, KPM tidak akan mempertimbangkan kes-kes kecuaian dan kesalahan yang dilakukan sendiri oleh guru tersebut.
    • Pada dasarnya KPM melaksanakan operasi pertukaran guru dua kali setahun. Bermula tahun 2016, KPM akan melaksanakan operasi pertukaran guru sebanyak tiga kali setahun. Operasi ini dilaksanakan pada bulan Januari, April dan September. Walau bagaimanapun, bagi guru-guru yang sedang mengajar kelas-kelas peperiksaan di Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5, permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan bagi sesi Januari dan April.
  4. Menerusi tindakan-tindakan seperti tersebut di atas, Pada Januari 2016 KPM telah meluluskan permohonan termasuk rayuan kepada seramai 1,848 guru yang terpisah pasangan. Ia melibatkan sejumlah 51.36 peratus berbanding alasan-alasan yang lain.
Keputusan Keseluruhan Permohonan Pertukaran Dan Rayuan Pertukaran Sesi Jan 2016


Bil.
Asas Pertimbangan Kelulusan
Men
Ren
Jum
%

1
Ikut Pasangan
886
962
1848
51.36
2
Sakit Kronik
77
97
174
4.84
3
Permohonan Bersama
120
226
346
9.62
4
Ancaman Keselamatan
22
20
42
1.17
5
Tempoh Perkhidmatan
181
310
491
13.65
6
Lain-lain Alasan
279
418
697
19.37

JUMLAH
1565
2033
3598


Pada masa ini juga, KPM sedang mengkaji dan meneliti akan syor berkaitan guru-guru sebagai generalist teacher. Sekiranya perkara ini boleh dilaksanakan, maka ini dijangka akan memberi lebih ruang untuk guru-guru bertukar.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
13 Januari 2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP