Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-21 Sasar 200,000 Pengunjung

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-21 Sasar 200,000 Pengunjung

Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang Ke-21 Sasar 200,000 Pengunjung. Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-21 akan berlangsung di Bukit Layang-Layang dan Padang Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di sini, mulai 24 hingga 28 Feb ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata festival kali ini akan bertemakan 'Terokai dan Warnai Tradisi' yang simbolik bermaksud budaya permainan layang-layang diterokai masyarakat sejak dahulu lagi.

"Kelainan festival kali ini adalah menyediakan bengkel secara langsung bagaimana penerokaan terhadap tradisi dan budaya layang-layang dari peserta negara luar khususnya negara rantau ASEAN," katanya selepas majlis pra pelancaran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-21, di sini hari ini.

Tee berkata festival yang merupakan satu acara pelancongan di negeri ini, kali ini menyasarkan 200,000 pengunjung termasuk dari luar negara.

Beliau berkata lebih 1,000 peserta dari dalam dan luar negara dari 42 negara seperti China, Indonesia, Australia, Jepun dan Jerman sudah mengesahkan penyertaan mereka.

Katanya, majlis perasmian akan diadakan pada 8.30 malam, 26 Feb depan di Bukit Payang-Layang dengan pelbagai acara menarik ditampilkan seperti persembahan layang-layang bercahaya waktu malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Md Za'nal Misran berkata bagi mempromosikan festival berkenaan, pihaknya akan mengadakan promosi menerusi radio bergerak di lima daerah di negeri ini, mulai 18 hingga 23 Feb ini.

Md Za'nal berkata pelbagai aktiviti turut diatur pada festival itu yang akan dijayakan pelajar sekolah, beberapa syarikat korporat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti bengkel pembuatan layang-layang.

#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016