Agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. 

Pada tahun lalu, agihan pendapatan adalah sebanyak 7.5 sen dan bonus satu sen. Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM10.41 bilion, peningkatan 4.3 peratus berbanding pembayaran RM9.98 bilion tahun kewangan sebelumnya. 

Beliau berkata, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, secara keseluruhannya masih memuaskan walaupun pasaran saham dan ekonomi mengalami situasi yang mencabar sepanjang tahun ini. "Kadar pengagihan pendapatan dan bonus tabung ASB ini adalah kompetitif jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan," katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Kuala Lumpur hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016