PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO DAN SLOGAN UNTUK PROGRAM PROMOSI BAGI PERKHIDMATAN ONLINE KERAJAAN

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO DAN SLOGAN UNTUK PROGRAM PROMOSI BAGI PERKHIDMATAN ONLINE KERAJAAN


Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mempelawa semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo dan Slogan untuk Program Promosi Bagi Perkhidmatan Online Kerajaan.

Tujuan program promosi ini adalah untuk meningkat dan mengalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan online kerajaan. Pada masa ini terdapat pelbagai perkhidmatan online telah disediakan untuk memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kerajaan. Senarai perkhidmatan online kerajaan boleh dirujuk dalam portal Kerajaan Malaysia di alamat http://www.malaysia.gov.my.

PERATURAN PENYERTAAN


  1. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara percuma.
  2. Tempoh penyertaan pertandingan dibuka mulai 22 Oktober 2015 hingga 5 November 2015.
  3. Spesifikasi Mereka Cipta Logo dan Slogan
    1. Reka bentuk logo dan slogan hendaklah dihantar menggunakan kertas A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board dan dihantar dalam bentuk softcopy menggunakan JPEG resolusi minimum 1280 x 960.
    2. Setiap reka bentuk logo dan slogan hendaklah menggunakan tidak lebih daripada empat (4) warna tidak termasuk warna hitam dan putih. Warna-warna yang digunakan harus mempunyai keterangan atau penjelasan (rasional).
    3. Konsep penciptaan logo dan slogan adalah mengenai promosi Perkhidmatan online Kerajaan.
    4. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. 
  4. Syarat-syarat Penyertaan
    1. Reka bentuk logo dan slogan adalah asli dan baharu serta menggambarkan imej Perkhidmatan online Kerajaan.
    2. Hanya satu logo dan slogan daripada seorang peserta akan dipilih walaupun peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
    3. Logo dan slogan yang dihasilkan ialah reka cipta yang baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
    4. Semua logo dan slogan yang diterima oleh Penganjur adalah hak milik Kerajaan dan tidak boleh dikembalikan.
    5. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat yang berikut :

      Penganjur Pertandingan Mereka Cipta Logo dan Slogan untuk Program Promosi Bagi Perkhidmatan Online Kerajaan,
      Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia,
      Bangunan MKN Embassy Techzone
      Blok B, No. 3200 Jalan Teknorat 2
      63000 Cyberjaya, Sepang
      Selangor Darul Ehsan.
      (Sila catatkan “Pertandingan Mereka Cipta Logo dan Slogan untuk Program Promosi Bagi Perkhidmatan Online Kerajaan” di sebelah kiri sampul surat)
    6. Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.mampu.gov.my.
    7. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy dan softcopy melalui pos. Penghantaran softcopy juga boleh dibuat melalui e-mel ke upromosi@mampu.gov.my.
    8. Sebarang kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri. 
    9. Penganjur tidak akan bertanggangjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menyertai pertandingan ini.
    10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, peserta boleh berhubung melalui:

      E-mel :
      upromosi@mampu.gov.my

      Telefon :
      03-8872 3013 - Puan Emmy Yusnida binti Alias
      03-8872 5137 - Encik Mardoni Anak Bani
  5. Hadiah Pertandingan
    1. Pertandingan ini menyediakan hadiah berbentuk wang tunai bernilai RM1,500.00 kepada pemenang utama.
    2. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah wang tunai dan sijil penghargaan. Pemenang pertandingan mereka cipta akan diumumkan secara bertulis dan melalui laman sesawang.
    3. Keputusan Pertandingan
      Penganjur akan menilai semua penyertaan yang mematuhi peraturan yang ditetapkan. Penganjur berhak membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat penyertaan.
  6. Keputusan penganjur adalah MUKTAMAD.
  7. Hak Cipta
    1. Logo dan slogan yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik kerajaan. Kerajaan berhak untuk membuat pindaan dan ubah suai logo dan slogan yang dipilih bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana barangan dan program Promosi Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan.
    2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau ciplak.
    3. Semua logo dan slogan yang diterima oleh penganjur tidak akan dikembalikan.


Keterangan lanjut dan borang penyertaan sila layari http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_004301.pdf


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam