Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016

Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my ataupun https://sptv.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.


Program yang ditawarkan :

a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.

Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.

Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.


b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) 

Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :
•         Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
•         Kejuruteraan Awam
•         Kejuruteraan Mekanikal
•         Perdagangan
•         Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016