Kementerian Pendidikan Saran Semua Sekolah Guna Modul WLL

Kementerian Pendidikan Saran Semua Sekolah Guna Modul WLL


SEPANG, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Pendidikan menyarankan semua sekolah menggunakan modul "The World's Largest Lesson" (WLL) yang merupakan satu daripada inisiatif untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) digariskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan) Datuk Seri Khairil Awang berkata melalui WLL, pelajar didedahkan kepada tiga sasaran utama SDG iaitu menghapuskan kemiskinan tegar, mewujudkan kesaksamaan dan keadilan serta memperbaiki perubahan iklim.

"Ini ada kaitan dengan pendidikan berkualiti di mana pelajar perlu menyedari aspek yang ditekankan dalam kehidupan abad ke-21 dengan harapan ia akan dikongsi dengan masyarakat di sekeliling mereka.

"Ia menekankan pemikiran yang lebih global dan keupayaan pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain di Malaysia dan dari luar negara," katanya kepada pemberita selepas sesi WLL di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan, di sini Jumaat.

Beliau berkata dalam sesi itu pelajar didedahkan kepada modul WLL serta berkomunikasi dengan pelajar dari India, Taiwan dan lapan buah sekolah lain di seluruh negara menggunakan kaedah telepersidangan.

Bagi memudahkan pihak sekolah dan guru, sebanyak empat modul WLL boleh dimuat turun di laman Frog Store yang bertemakan transformasi pendidikan, pembasmian kemiskinan, penjimatan tenaga dan penjagaan alam sekitar.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied