Sekolah Di Singapura Ditutup Hari Ini Keadaan Jerebu Semakin Buruk

Sekolah Di Singapura Ditutup Hari Ini Keadaan Jerebu Semakin Buruk


Nampaknya keadaan semakin meruncing. Bacaan indeks semakin meningkat. Apa kurangnya di kawasan Johor Bahru ni. Setakat jam 9.00 pagi ni pun kawasan Pasir Gudang dah masuk kawasan Jingga dah.

Sentiasa layari portal http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengikuti perkembangan terkini yang dikemaskini setiap jam

depan rumah sendiri pun dah tak berapa nak sihat dah ni haa..





SINGAPURA, 24 Sept (Bernama) -- Kesemua sekolah rendah dan menengah di Singapura akan ditutup esok memandangkan keadaan jerebu semakin buruk dan mencecah paras bahaya, kata Kementerian Pelajaran (MOE) republik itu.

MOE berkata keputusan itu dibuatnya setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan.

Ia berkata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) meramalkan indeks standard pencemaran (PSI) esok akan berada dalam lingkungan 'Sangat Tidak Sihat' dan kemungkinan kualiti udara mencecah paras 'Berbahaya' tidak boleh ditolak.

MOE berkata tadika dan sekolah keperluan khas di bawahnya, yang merujuk dan beroperasi berdasarkan langkah-langkah yang diambil oleh sekolah rendah dan menengah, juga akan ditutup.

Ia berkata pihak sekolah telah menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan mereka mengenai penutupan sekolah esok menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas.

Ia berkata ibu bapa yang tiada alternatif untuk menguruskan penjagaan anak mereka esok boleh menghantar anak mereka ke tadika MOE, sekolah rendah, menengah dan keperluan khas, yang mana guru akan mengawasi mereka.

Pusat jagaan di sekolah akan terus beroperasi untuk pelajar yang sedia ada.

MOE juga menjadualkan semula Peperiksaan GCE O-Level Singapura-Cambridge kerana penutupan sekolah.

Setakat 11 malam ini, bacaan PSI bagi 24 jam berada antara 226 ke 279 dan bagi tiga jam adalah 317, menurut NEA.

Bacaan PSI bagi 24 jam di atas 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat manakala antara 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied