Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari

Raja Puan Muda Mangkat : Kedah Berkabung Tujuh Hari


Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula Isnin sehingga 27 Sept berikutan kemangkatan Raja Puan Muda Tunku Hajjah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, pada 10.15 pagi tadi.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat pengisytiharan kemangkatan itu di Wisma Darulaman berkata, Tunku Hajjah Raudzah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.

"Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah serta seluruh Kerabat DiRaja," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, jenazah Tunku Hajah Raudzah akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 3 petang ini dan disemayamkan untuk penghormatan terakhir di tempat yang sama mulai 4 petang hingga 5 petang.

Jenazah Raja Puan Muda Kedah itu kemudiannya akan dimakamkan di Makam DiRaja Langgar pada jam 6 petang.

Menteri Besar berkata, jenazah Tunku Hajah Raudzah akan dibawa ke Makam DiRaja melalui jalan-jalan Lebuhraya Darulaman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, dan Jalan Langgar.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain, katanya, hendaklah dikibarkan "Separuh Tiang" selama tiga hari bermula hari ini, manakala sepanjang tempoh perkabungan semua bentuk hiburan keramaian dan perayaan dibatalkan.

Beliau juga meminta semua supaya berdoa ke hadrat Ilahi agar roh Raja Puan Muda Kedah ditempatkan bersama-sama pada Shuhadah dan Solihin.

-- BERNAMA

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied