Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Angka Korban Meningkat Kepada 310 Orang Dalam Insiden Rempuhan Di Mina, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat


Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 310 orang, menurut agensi berita Reuters. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Makkah.

Agensi berita itu kali terakhir insiden rempuhan besar seperti itu berlaku pada musim haji 2006 dengan sekurang-kurang 346 jemaah terbunuh. Terdahulu, wartawan Bernama, Mohd Shukri Ishak telah melaporkkan dari Makkah bahawa lebih tiga juta jemaah termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Tragedi itu berlaku ketika sejumlah besar jemaah berasak-asak di Jalan 204, di pusat perkhemahan Mina yang merupakan satu daripada dua jalan utama menuju ke kawasan melontar jamrah yang terletak beberapa kilometer ke timur Makkah. Jemaah biasanya akan menginap dalam bandar perkhemahan yang dibahagikan mengikut zon untuk negara-negara beberapa hari sebelum memulakan ibadat melontar pada hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Mina semasa jemaah haji melakukan ibadah melontar Jamrah hari ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata kawasan kejadian rempuhan berkenaan tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadah melontar itu. "Jadual melontar bagi jemaah haji Malaysia ditetapkan selepas 5.30 petang dan 8 malam ini," katanya dalam satu sidang media di sini hari Khamis.

Beliau berkata jarak tempat kejadian rempuhan itu dengan kawasan perkhemahan jemaah Malaysia adalah kira-kira tiga hingga empat kilometer. Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini seramai 310 jemaah maut dan 450 lagi cedera dalam insiden di kawasan perkhemahan negara-negara Arab di Mina, katanya.

Sehubungan itu, lapan pos kawalan jemaah haji sedia ada yang dilaksanakan Tabung Haji di Mina akan dipertingkatkan lagi tahap pemantauan dan kawalan ke atas jemaah haji negara ini. "Tabung Haji bagaimanapun masih membuat semakan berterusan di perkhemahan jemaah haji Malaysia," katanya.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar. Lebih tiga juta jemaah dari seluruh dunia termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia kini berada di Tanah Suci bagi melaksanakan ibadah haji.

Bagaimanapun, majoriti jemaah haji termasuk jemaah Malaysia masih berada di Mina untuk mengerjakan ibadah melontar selepas bermabit iaitu berada seketika atau bermalam di Muzdalifah malam tadi. Mereka yang tiba secara berperingkat ke Mina dari Muzdalifah itu memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada Khamis selepas terbit fajar subuh.

-- BERNAMA



Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP