Pendaftaran Kediaman Mampu Milik 1 Malaysia (KMM1M) @Mydin Nusajaya


Pendaftaran Kediaman Mampu Milik 1 Malaysia (KMM1M) @Mydin Nusajaya. Hmmm... Sampai kat mydin tadi tengok leh tahan 1 booth ni dengan pengunjung. Ada pameran dan pendaftaran untuk Kediaman Mampu Milik 1 Malaysia (KMM1M) oleh Koperasi Hartanah Malaysia Berhad. Hajat hati nak tanya tapi orang punya la ramai. Brosur pun takde. Tak menang tangan kot dia punya petugas. Balik buat search jap. http://www.kohama.my/. Kalau minat gi ler sana. Pendaftaran juga boleh dibuat secara online di url di atas.

Syarat Syarat Permohonan

Maklumat yang diberikan mestilah benar . Tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pemohon sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.

Pemohon dan suami / isteri hanya dibenarkan mengemukakan satu borang sahaja.

Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat- syarat kelayakan adalah seperti berikut :
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
Pendapatan tidak melebihi RM 6, 000.00 untuk rumah mampu milik RM 200,000 (suami dan isteri)
Pendapatan tidak melebihi RM 8, 000 .00 untuk rumah mampu milik RM 300,000 (suami dan isteri)
Pendapatan tidak melebihi RM 10, 000.00 untuk rumah mampu milik RM 400,000 (suami dan isteri)

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikembalikan ke pejabat KOHAMA / Pejabat Cawangan.

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan suami/isteri
  • Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akaun sumpah perkahwinan pemohon
  • Sekiranya duda / janda , sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri /suami telah meninggal)
  • Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
  • Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :
  • Surat pengesahan terkini daripada majikan/ Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan isteri /suami
  • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri /suami
  • Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum


Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri /suami
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
Borang B Cukai Pendapatan (di mana berkenaan )

Sekiranya bekerja sendiri , sertakan dokumen berikut :
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri /suami
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
Borang B Cukai Pendpatan (di mana berkenaan )

Sekiranya tidak bekerja , sertakan dokumen berikut :
Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri /suami
Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum

Salinan kad pengenalan OKU (suamii /isteri dan tanggungan jika berkaitan)

Jika berlaku pertukaran alamat surat menyurat , Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat

Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan.






Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam