MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL MAMPU MEMUATKAN 1,500 JEMAAH

MASJID TUNKU LAKSAMANA ABDUL JALIL MAMPU MEMUATKAN 1,500 JEMAAH


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini mencemar duli merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, dekat sini.

Turut berangkat ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan IBrahim Tunku Temenggong Johor,Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Masjid yang mampu memuatkan kira-kira 1,500 jemaah itu dibina dengan kos RM20.3 juta hasil sumbangan pihak swasta.

Dalam titahnya, baginda menyeru lebih banyak pihak swasta dapat menyumbang untuk perkara kebajikan seperti itu.

Baginda turut menitahkan agar nama daerah Kulaijaya ditukar dengan nama asal, berkuat kuasa serta merta.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Dato' Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ismail Karim dan Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP