KPWKM nafi kaitan dengan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu

KPWKM nafi kaitan dengan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan kaitannya dengan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media sosial. Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian dalam poster itu, kata KPWKM dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan daripada itu, Kementerian sudah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut. Kementerian ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu itu dan menyeru supaya tidak menyebarkan kepada orang lain. Logo program itu viral di media sosial hari ini.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016