TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Separuh Masa.

Pegawai yang mengikuti program ini tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa. Pegawai layak untuk menerima Yuran Pengajian, Elaun Buku serta Elaun Tesis.

Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

HLPS Peringkat Kedoktoran :

1. HLPS Am
Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang berkhidmat di Sekolah/Bahagian/Jabatan di KPM (tidak termasuk PPP yang berkhidmat di IPG)

2. HLPS IPG
Terbuka kepada PPPS yang berkhidmat di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) sahaja

HLPS Peringkat Sarjana :

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS) Tahun 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Sarjana dan Kedoktoran boleh dibuat mulai 16 April 2015 hingga 08 Mei 2015. Sila klik Sini.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam