Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor

Solat sunat istisqa’ serentak seluruh masjid di Johor


JOHOR BAHRU – Seluruh masjid di Johor  diminta mengadakan solat sunat istisqa’ serentak pada Jumaat ini bagi memohon kepada ALLAH SWT agar diturunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas El Nino yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu yang dijangka berlarutan sehingga April ini.

Penasihat Majlis Agama Islam negeri, Datuk Noh Gadut berkata, solat sunat Istisqa' tersebut disarankan dilakukan serentak selepas solat Jumaat.

“Perkara ini (solat sunat istisqa')  turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua masjid di negeri ini mengadakan ibadah itu serentak memohon diturunkan hujan kerana cuaca panas berlarutan.

“Kita juga akan mengadakan bacaan Yassin dan solat Istisqa’ di Empangan Sembrong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noh berkata, solat sunat mohon hujan di empangan tu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Noh memaklumkan kewajaran untuk melakukan solat minta hujan meskipun keadaan masalah bekalan air di negeri ini masih belum berada pada peringkat kritikal.

Fenomena cuaca panas ini telah menyebabkan kemerosotan air di empangan dan loji-loji rawatan sehingga beberapa kawasan di negara ini mulai dibekalkan air secara berjadual termasuk di daerah Kluang, Johor.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada ALLAH SWT menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang.

Ia merupakan sunat muakkad iaitu sangat dituntut bagi umat Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerebu dan kesukaran memperoleh sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).

**foto dikongsi dari islam.ru

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied