PELAKON dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik meninggal dunia

PELAKON dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik meninggal dunia. Petang tadi, lepas meeting. Sempat sempat la belek blek FB sebelum pulang. Terkejut jab baca yang pasal Datin Maimon tak akan muncul lagi. Pasal berita tokleh load penuh, pelbagai persepsi terlontar. Tapi dapat la jugak baca cerita sebalik tu. Sekali sampai rumah, cerita lain pulak yang keluar. Hmmm... tak sangka kan. Semacam ada pertalian pulak dengan cerita yang awal tu. Semoga rohnya dirahmati Allah.


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini.

Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

"Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu.

"Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak ketika dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang.

"Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur," katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Sumber berita : Berita Harian

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016