OPERASI PASCA-BANJIR KPM MELIBATKAN 50,000 SUKARELAWAN

OPERASI PASCA-BANJIR KPM MELIBATKAN 50,000 SUKARELAWAN


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat perancangan untuk operasi
membantu mangsa pasca-banjir melibatkan 50,000 sukarelawan siswa dan staf institusi
pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.

Menurut Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, "Operasi ini merupakan usaha yang
bersejarah kerana kepakaran dan sumber tenaga yang sedia ada di IPT akan digerakkan
secara besar-besaran untuk membantu mangsa banjir". Menteri Pendidikan II juga
mengatakan bahawa KPM mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu mangsa
banjir.

Operasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1 Jan 2015 untuk tempoh
selama sebulan selari dengan cuti semester pertama sesi 2014/15 bagi kebanyakan IPT.
Selain itu, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), warga Politeknik dan Kolej Komuniti turut
terlibat dan memberi bantuan dan sokongan kepada Operasi ini.

Tumpuan utama Operasi ialah pembersihan sekolah dan kediaman penduduk mangsa
banjir. Bantuan kepakaran juga akan diberikan untuk pemulihan sumber air, pembinaan
tandas dan pembaikan pendawaian elektrik. Pemeriksaan kesihatan juga akan disediakan.
Pelajar IPT yang berminat menyertai Operasi ini boleh menghubungi Pejabat Hal Ehwal
Pelajar IPT, YSS atau sekretariat Majlis Kesukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) IPT
masing-masing.

Menurut Dato Seri Zaini Ujang, Ketua Setiausaha II KPM, mobilisasi sukarelawan dari
kalangan pelajar dan staf IPT dari seluruh negara diharap dapat mengurangkan beban
mangsa banjir.

Beliau juga mengulas bahawa pihak KPM akan menyelaraskan aktiviti dan lokasi operasi
dengan Majlis Keselamatan Negara dan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain terlibat.

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
1 Januari 2015
Foto : HEJIM

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP