Kaedah bertungku selepas bersalin yang betul

Kaedah bertungku selepas bersalin yang betul


Ingat cerita awal aku itu hari pasal pinjam batu tungku. Ingat. Ala yang aku gi pinjam batu comel tu. Tapi aku dah kata dari awal yang batu tu bukan mazhab aku ler. So malam ni banyak jugak kami menggodak semula nak cari kaedah yang betul kan. Maklum sajalah. Ilmu yang mak turunkan pun dah lama sangat. Adik inaz pun dah 9 tahun dah pun. Akhirnya jumpa la satu blog yang mengingatkan semula aku pasal mazhab asal aku tu. Dan... malam ni jugak kami ubah balik batu kepada yang asal. Dan maybe esok aku akan pakai batu kedua yang aku kutip satu ketika dulu. Jeng jeng jeng... read on...

ni batu yang dipinjam tu. comel, kecik, ensem, senang handle. tapii... not quite enough

malam tadi mama mintak aku wat ikut mazhab aku. so.. jeng jeng jeng.. kuar balik batu ikut aku nyer

dah setel balut untuk digunakan

lepas ni aku akan guna batu ni ler pulops.. Semua ni aku ubah setelah baca artikel yang dicatat oleh 
Cara Bertungku Yang Betul (Untuk wanita lepas bersalin dan untuk mengatasi lenguh-lenguh badan)


Kalau cakap bertungku... ramai akan fikirkan tungku hanya kegunaan wanita lepas bersalin dan salah satu amalan dalam berpantang wanita melayu.  ANDA SALAH...
Memang major reason, penggunaannya bermula masa dalam pantang, tapi penggunaannya jauh lebih luas.
Bertungku bukan sahaja untuk wanita dalam pantang tetapi boleh juga digunakan untuk melegakan kaki kebas, sakit-sakit badan, sakit ketika datang bulan dan boleh menjadi media menguruskan badan sebagai ganti sauna dan terapi kecerdasan diri.
Pelbagai jenis tungku
Memilih Tungku
Kaum ibu dahulu akan memilih tungku berbentuk lonjong atau bulat bujur segitiga seperti dalam gambar. Pastikan no 1 dan 2 dalam rajah sebab saya akan gunakan nombor ini untuk membantu ibu-ibu cara terbaik menggunakan tungku.

Saya lebih selesa menggunakan tungku dari batu sungai, selain tak berat ianya juga mudah di dapati... memandangkan kampung saya terkenal dengan kawasan riadah dan terdapat banyak sungai2 etc Titi Hayun ( ^_^ )v.
Batu sungai tersebut akan dipanaskan atas api, dan dibalut dengan daun mengkudu, daun sirih atau pun daun lengkuas.

Cara Memanaskan Batu TungkuGunakan dapur gas memasak anda, dengan api yang perlahan... panaskan batu. PERINGATAN : Jangan gunakan api yang besar sebab batu akan merekah dan terbelah. Lagipun api yang besar menjadikan batu cepat panas dan cepat juga sejuk. Tapi dengan api yang kecil, panas akan meresap ke dalam batu dan panas akan tahan lama. Biar lebih kurang 5-20 minit (anggaran mengikut saiz batu). Jangan terlalu lama, kalau tak kain pun boleh terbakar.
Setelah di bakar alas atas kain dengan daun sirih, mengkudu atau daun lengkuas sebelum meletakkan batu tungku. Biasanya kepanasan batu tungku ini bertahan lebih kurang 1 jam.
Cara Bertungku Untuk Wanita Lepas Bersalin
Cara bertungku ibu lepas bersalin lebih focus kepada proses mengecutkan rahim, menolak rahim ke atas dan mengecilkannya. Letak bahagian bucu batu (no.1) di atas ari ari dan tolak bahagian yang lebih kecil (no.2) ke atas. Buatlah berulang kali di setiap sudut bawah ari2 anda dengan menolak batu dari bawah ke atas.
Bahagian batu yang besar (no.1) akan memanaskan rahim dan mengecutkannya. Bahagian yang kecil pula (no.2) akan membantu menolak rahim dengan lembut.
kawasan yang perlu di tungku
Bahagian badan lain yang perlu di tungku ialah bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak, belakang badan dan belikat. Tungku juga di bahagian buah dada, bertungku di sekitar buah akan melancarkan pengaliran darah. Bertungku baik dilakukan ketika berbaring. PERINGATAN : Jangan letak tungku di tengah perut.
Bertungku juga membantu kita mengurangkan lemak di bahagian perut. Bertungku lah selama 1/2 jam pagi dan petang.
Tips: Selalunya kain batik digunakan untuk membalut tungku, bloeh juga digantikan dengan kain cotton atau tuala kecik. Masa tungku masih panas, lapik perut anda dengan baju / apa2 kain sehingga anda yakin dengan suhu yang selesa. Ini bagi mengelakkan kecederaan pada kulit anda. Bila tungku makin sejuk, kurangkan lapik tungku anda, so anda dapat gunakan dalam masa yang lama. Lepas habis bertungku, tungku yang masih panas boleh di letakkan di bawah pinggang, bahagian belakang pinggang, punggung dan kaki.
Cara Bertungku Bagi Mengurangkan Sakit-sakit Badan dan Lenguh Badan.
  • Batu tungku di panaskan dan di balut dengan beberapa lapisan lain yang telah di letakkan daun mengkudu. Setelah di balut dengan rapi, hujungnya di ikat dengan ketat supaya tidak terburai
  • Tungku di bahagian ulu hati   : tujuannya untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Setelah itu barulah ke bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
  • Di bahagian Tengkuk   : letakkan tungku di bawah tengkuk seperti menggunakan bantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher. Letakkan di titik bekam kaahil dan akhda'ain.

  • Di bahagian bawah pinggang pula   : anda perlu menungku bahagian betis, peha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki, tapak kaki. Ia memakan masa selama 15-20 minit. Lebihkan masa pada bahagian paha sebelah luar kiri dan kanan kaki. ini kerana di situlah terletaknya urat utama untuk darah mengalir ke kaki. Kalau block darah di situ, akibatnya kaki cepat lenguh
  • Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki   : kaki di rapatkan menjadi satu kemudian di gerakkan ke hadapan dan kebelakang. Jika tungku anda berbentuk bulat, golek-golekkan tungku ke depan dan ke belakang. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Bertungku memerlukan kerajinan bagi mendapatkan kesan yang optimal.
Selamat mencuba ( ^_^ )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam