SEGERA DAN PENTING - PERUBAHAN PERATURAN TERKINI SEMPENA HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA JUMAAT 22 OGOS 2014


SEGERA DAN PENTING - PERUBAHAN PERATURAN TERKINI SEMPENA HARI PERKABUNGAN NEGARA PADA JUMAAT 22 OGOS 2014

Berdasarkan emel terkini dari Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri

Dengan hormatnya saya ingin memaklumkan perubahan terkini mengenai peraturan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua sempena HARI PERKABUNGAN NEGARA pada  JUMAAT,  22 OGOS 2014,   iaitu :

Hanya Bendera Malaysia sahaja yang perlu dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan;

2.         Manakala, peraturan lain yang dinyatakan dalam emel terawal pihak Unit Komunikasi Korporat , Ruj: JPM.100-16/1 Jld 12 (57) dengan ini TERBATAL.

3.         Kerjasama Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Tuan / Puan amat dipohon untuk memastikan peraturan mengibarkan bendera Malaysia separuh tiang sempena HARI PERKABUNGAN NEGARA dilaksanakan di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi termasuk di negeri-negeri yang berada dibawah pengawasan masing-masing.

4.      Atas sebarang kesulitan yang timbul mengenai perkara ini didahului dengan ucapan maaf. Seterusnya, ucapan terima kasih atas keperhatinan dan kerjasama Yang Berbahagia Datuk / Dato’ / Tuan / Puan dalam memastikan HARI PERKABUNGAN NEGARA berjalan dengan lancar.

Sekian.

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam