Zakat Fitrah negeri Johor 1435H / 2014M


Zakat Fitrah negeri Johor 1435H / 2014M

Panduan Kadar Fitrah

Terdapat dua kadar fitrah iaitu :

  • Harga Fitrah RM 5.00 bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
  • Harga Fitrah RM 8.00 bagi Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).


Panduan Pembayar

  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah

Kaunter Kutipan Zakat
Dibuka 7 Hari Seminggu:
Ahad – Rabu : 8.15 pagi – 4.00 petang
Khamis : 8.15 pagi – 2.30 petang
Jumaat & Sabtu: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.
Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP