Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu


Kerajaan peruntuk RM400 juta beli netbook cikgu. Secara amnya.

  • 48 pembekal melalui tender terbuka. 
  • Kos keseluruhan RM400 juta menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat, disalurkan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi di negara ini, iaitu enam peratus hasil jualan mereka dimasukkan ke dalam tabung yang turut digunakan untuk membeli netbook kepada murid-murid seluruh negara sebelum ini. 
  • Jaminan selama setahun daripada 174 pusat servis di seluruh negara jika ada kerosakan. 

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

"Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru.

"Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Shabery berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.

Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa  bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan.

"Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan.

"Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru," katanya

Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar mempunyai jaminan dan kualiti terbaik.

"Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya rosak.

"Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya

-sumber - sinar harian - http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-peruntuk-rm400-juta-beli-netbook-cikgu-1.291637

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied