Digi WWWoW award 2014 kembali

Digi WWWoW award 2014 kembali. Apa tunggu lagi beb? Layari http://wwwow.my/.


Kategori untuk tahun ini adalah seperti berikut :

e-Niaga
Anda mestilah memiliki perniagaan online untuk produk atau perkhidmatan.
Perniagaan anda telah wujud melebihi 3 bulan.
Menampilkan daya tarikan yang original, unik dan berkonsepkan tempatan.
Menggunakan platform media sosial yang releven (contohnya blog, Facebook, Twitter atau mana-mana media interaktif yang lain.)
Mengintegrasikan perniagaan dengan penggunaan pelbagai media sosial.

Karya Digital
Anda memiliki karya digital sama ada secara individu atau berkumpulan.
Kandungan karya digital mestilah original, unik dan berkonsepkan tempatan.
Mestilah menampilkan inovasi dan kepakaran anda (seperti pengendalian kamera, lampu, bunyi atau suntingan.)
Skrip dan/atau jalan cerita mestilah kreatif dan ditulis dengan baik.
Karya anda mestilah mendapat sambutan dari segi bilangan pengikut.

Komuniti
Memiliki perniagaan/organisasi secara online dengan tujuan kemasyarakatan.
Menjalankan kempen/pertubuhan dana dengan online untuk misi kemasyarakatan.
Menunjukkan hasil dan kesan utama tentang projek/perniagaan tersebut.
Menggunakan pelbagai platform media sosial (seperti blog, Facebook, Twitter atau mana-mana media interaktif yang lain bertujuan mempromosikan projek komuniti secara inovatif.)
Semestinya original, unik dan berkonsepkan tempatan. Juga mengintegrasikan perniagaan/projek dengan penggunaan pelbagai media sosial.
Objektif memenuhi/melebihi matlamat melalui bantuan Internet.

Hadiah disediakan seperti berikut:

e-Niaga
Penginapan 3H2M di Miri Marriott Resort and Spa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang
Hadiah Wang Tunai RM20,000
Sesi bertemu dengan peneraju APAC dan EU dari Google & Waze untuk mempelajari praktik terbaik tentang perniagaan serta pelan perkembangan.
Elaun Pelaburan Tunai RM5,000
Peluang eksklusif bertemu dengan wakil Lowyat.Net untuk mempelajari tentang keusahawanan dan tip bagi memperkembangkan perniagaan anda.
Sesi bertemu dan beramah mesra dengan Ketua bahagian Editorial dan Kandungan MSN di pejabat Microsoft di Singapura. Sepasang (2 tiket) penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura. Penginapan 1 malam (1 bilik/2 orang) di Singapura.
Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold x1 unit
Sesi bertemu dan beramah mesra dengan Editor Urusan Yahoo MY dan platform editorial Yahoo yang berpengalaman.

Karya Digital
Penginapan 3H2M di Renaissance Johor Bahru termasuk sarapan pagi untuk 2 orang
Hadiah Wang Tunai RM20,000
Kursus eksklusif Google Adwords & Analytics selama 5 hari bernilai RM6,250.
Elaun Pelaburan Tunai RM5,000
Sesi bertemu dan beramah mesra dengan Ketua bahagian Editorial dan Kandungan MSN di pejabat Microsoft di Singapura. Sepasang (2 tiket) penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura. Penginapan 1 malam (1 bilik/2 orang) di Singapura.
Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold x1 unit
Lawatan 3H2M ke Yahoo SEA HQ di Singapura termasuk Penerbangan + Penginapan+Makanan untuk bertemu Editor Urusan SEA dan platform editorial Yahoo yang berpengalaman.

Komuniti
Penginapan 3H2M di Courtyard Bali Nusa Dua termasuk sarapan pagi untuk 2 orang
Hadiah Wang Tunai RM20,000
Kursus eksklusif Google Adwords & Analytics selama 5 hari bernilai RM6,250.
Elaun Pelaburan Tunai RM5,000
Peluang eksklusif bertemu dengan wakil Lowyat.Net untuk mempelajari tentang keusahawanan dan tip bagi memperkembangkan perniagaan anda.
Sesi bertemu dan beramah mesra dengan Ketua bahagian Editorial dan Kandungan MSN di pejabat Microsoft di Singapura. Sepasang (2 tiket) penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Penginapan 1 malam (1 bilik/2 orang) di Singapura.
Tajaan Peranti Samsung GALAXY Note 3 Rose Gold x1 unit
Satu halaman khas dalam lingkungan Yahoo Malaysia untuk mempamerkan dan mendedahkan hasil kerja pemenang.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam