Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Hari Landskap Sedunia

Imej
Hari Landskap Sedunia. Hari ni boleh pulak kuar matahari tengah menaik. Perrghhh... tak tahan ni. pull over kat tepi jalan. kat area horizon hill tu. terus kuar tab. snap snap. pergghhh... sambil jalan tu dok nengok lain lain scenery. cun la pulak pagi ni. sampai jabatan sambung lagi snap snap. ahahaha... bila mood sampai jangan biarkan rugi cenggitu sahaja. best nih..

Jengjalan Pasar Tani Taman Nusantara

Imej
Jengjalan Pasar Tani Taman Nusantara. Cam biasa la. Khamis. Merayap. Char Koey Teow. Ayam Goreng. Ice Blended Mango taruk ais krim. Perkara biasa setiap Khamis. Balik, beli sayur sikit, ubi, nenas. Ikan dah habis la pulak yang diingini. Lain kali lah

Majlis Perasmian Penutup Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013

Imej
Majlis Perasmian Penutup Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013 berlangsung pada petang tadi di Dewan Seminar JPN Johor. Peserta yang terdiri daripada barisan pengurusan di Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah turut hadir untuk mendengar satu taklimat berkaitan Gaya Hidup Bahagia yang disampaikan oleh KS SPsK. Seterusnya Pengarah merasmikan penutup program dan sijil disampaikan mengikut sektor yang terlibat. Read on...

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2013 Jabatan Pelajaran Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2013 Jabatan Pelajaran Johor diadakan pada hari ini bersama dengan sambutan hari guru peringkat JPN Johor bertempat di Dewan Seminar, JPN Johor. Selain dari itu, penyerahan sumbangan untuk Tabung Lahad Datu turut dilaksanakan, diserahkan pada wakil Media Prima berjumlah lebih RM70k. Legoland juga berbesar hati untuk menyumbang tiket percuma ke Legoland kepada semua guru yang bertugas di JPN Johor. TQ Legoland... Read on

DiGi Internet for All WWWOW Awards 2013

Imej
DiGi Internet for All WWWOW Awards 2013 sudah kembali dengan 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Tahun ini Nuffnang sendiri telah menaja untuk Blogger of The Year dan Fave Makan-Makan Expert dimana pemenang akan menerima tajaan penuh percutian 3 hari 2 malam ke Manila, Filifina bersama dengan  Cheeserland (Top Local Blogger + Microblogger) dan  BroDon'tLikeThatBro (DiGi WWWOW 2012 Blogger of the Year) untuk bertemu dengan Yugatech (Top Philippine Tech blog) dan  DivinemLee (Top Philippine Blogger, Microblogger, Model & Actress)! Antara hadiah lain yang menarik adalah People's Choice Award di mana pemenang akan menerima percutian 3 hari 2 malam ke Oslo, Norway.

Online Contest : Exabytes network OnlineLahTauke

Imej
Online Contest : Exabytes network OnlineLahTauke. Nampaknya ada satu pertandingan short film yang dianjurkan oleh Exabytes network. Terbuka pada semua, tak kisah apa topik; yang penting mesej utama sampai iaitu OnlineLah Tauke! Apa yang perlu dibuat. Yang pertamanya, sila buat film anda terlebih dahulu. Film ini tokleh lebih 5 minit. Pastu upload ke Youtube. Dah upload sila daftarkan penyertaan anda di site ini . Anda bebas untuk share dan suh kawan like pada mana mana media sosial. Perkara penting disini adalah. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Jun 2013. Sila bertindak cepat ya. Hasil anda mestilah menggunakan henpon sahaja tak kira apa brand dan hanya satu penyertaan untuk seorang. Lain lain syarat sila la baca di portal rasmi ya. ps : yang paling best, 10 penyertaan terawal akan dapat .com free dari exabytes. Sapo nak kasi wehhh.. Hadiah dia adalah seperti berikut : 1st : RM5k cash 2nd : RM2.5k cash 3rd : RM1k cash Hadiah Misteri L RM500 cash Huiyooo Via

Gila Promo! .NET Domain for RM5.99 ONLY on 31st May 2013!

Imej
Gila Promo! .NET Domain for RM5.99  ONLY on 31st May 2013! Memang bebetul mengancam promo dia nih. Tapi kena ingat sehari sahaja, dan untuk 300 orang yang terawal mendaftar sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Good Luck! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan

Imej
Piala FA (Separuh akhir) : Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim tidak dapat diteruskan malam ini ekoran masalah lebihan penonton di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Perlawanan ini tertangguh lebih sejam, dan apabila abam kucen ini masuk ke padang untuk.... ehem ehem.. habis punah perlawanan. Terus ditangguhkan. Ish ish ish.. Awat la abam kucen ni leh masuk padang la pulak. Kacau bilau jadinya.

Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013

Imej
Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013 telah dijalankan bermula pada pagi ni di Pusat Kokurikulum JPN Johor. Alaaa... kat tempat perasmian GM1M zon selatan tu dibuat. Untuk hari ini, yang terlibat lebih kurang 40 orang peserta dahulu; yang melibatkan Pengarah, Timbalan, Ketua Sektor, Timbalan Ketua Sektor, dan Ketua Unit; yang umurnya 40 dan ke atas. Ahahaha. Tapi sebab petang semalam Puan Suria dah call cakap yang mana free boleh jugak join, dialu-alukan. So, pagi ni; aku pun join jugak la. Objektif sebenar, hehehe... nak amik gambo, dan nak tengok aku ni fit lagi ke tak. OK. Ada tiga bahagian sebenarnya untuk keseluruhan program gaya hidup sihat ni. Bahagian pertama adalah pemeriksaan kesihatan. Yang ni memang aku takmo masuk pun. Hish... Amik gambo sesikit pun dah mula mual. Of coz ada check darah. So, tak lama sangat kat sini. Snap snap terus cabut tenangkan diri kat luar. Bahagian kedua adalah senamrobik. Best jugak. Lenguh lenguh habis satu badan. Nampak no

Pasar Malam Nusa Perintis bersama Balqis

Imej
Pasar Malam Nusa Perintis bersama Balqis. Lama aku tak bawak kebudak ni ke pasar malam. Kebetulan hari ni, balik ja dari Danga; sengaja belok ke taman nusa perintis. Sesekali bawak ke pasar malam. Dah lama pun tak gi bersama. Asyik pesan dari jauh ja. Jom kita...

The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013 Again...

Imej
The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013 Again... dan dalam masa... tak sampai dopopatjam gara-gara adik inaz tak puas hati buku dia sikit kalau nak banding ngan buku kakak dia dan adik ziqri dia. Huhuhu... layan ajer la. Waktu rehat amik diaorang. Bawak semua buku homework sekali. Siapkan lam bilik aku kat opis. So, petang ni aku wat kerja berteman. Ramai bodyguard bak kata ramai orang yang aku jumpa. OK ler tu. Aku setel kije, diaorang pun setel kije. Habis ja waktu kije, terus gerak ke danga city mall.. Yihuuu...

The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013

Imej
The Big Bad Wolf Book Sale Johor 2013. Semalam aku dah janji dengan kebudak untuk ke danga city mall. tapi pasal habih penuh kereta sebab borong susu kat mydin semalam, dan si ziqri pun dah buat hal tahap gilosss nyer.. big bad wolf ditunda ke hari ini. Balik ja kije, kebudak dah bersiap. Langsung keluar. Hala ke danga city mall. Book sale ni bermula jemaat lepas dan akan berlangsung sampai ahad depan, 2 jun. So, don't miss it. Bukan senang nak dapat buku berkualiti pada harga lelong cenggini. ni pun, esok aku akan gi sana lagi sebab si inaz tak puas hati, buku dia dua buah ja berbanding kakak dan ziqri yang hampir 10 memasing. ayoyoyoyo...

Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kota Tinggi

Imej
Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kota Tinggi. Alhamdulillah. Setakat hari ni 7 daerah di negeri Johor dah selesai taklimat perluasan SPS. Hari ni taklimat untuk daerah Kota Tinggi mengambil tempat. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Kami bahagikan kepada 3 slot, BTP bentang SPS secara kasar, Sekolah Bestari Perdana bentang penggunaan SPS di sekolah mereka dan aku, of course yang paling penting iaitu Struktur Tadbir Urus pengurusan SPS. Korang boleh amik dokumen tu di  sini . ps : hari ni sempat lagi gi Tun Habab. Kebetulan depan PPD bebetul. Ish ish ish. Seronok dapat jumpa rakan rakan lama ni sebenarnya.

Legoland Malaysia Jengjalan 2013

Imej
Legoland Malaysia Jengjalan 2013. Kalau aku kata ni la first time kami masuk dalam ini taman tema ini tahun, mesti ramai yang tak percaya. rumah dekat, sepelaung ja. lempaq batu pun sampai. ahahaha. nak buat cemana. time aku free, kebudak sibuk. Tahun ni asyik sekolah ganti ja, belum kira iqa yang dah wajib gi kokurikulum kat sekolah dia lagi. bila budak free, aku lak sibuk. nasib la kan. kurang kurang dapat jugak masuk. 5 bulan tu puasa. perrrggghhh... janji dapat masuk jugak kan... read on...

Pesta Konvokesyen kali ke50 Universiti Teknologi Malaysia

Imej
Pesta Konvokesyen kali ke50 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai telah berlangsung bermula 7 sampai 11 Mei kalau aku tak silap. Pasal aku sendiri tak dapat joli sangat kali ni. Kena pow banyak. Ahahaha... So, hari last kami pakat pi lagi. Makan makan, ronda ronda. Ni la kebiasaan kami setiap tahun. Maybe mama yang paling terasa kot. Pasal biasanya dia dan kengkawan dia boleh kata setiap hari ronda kalau ada pesta konvo utm nih.. Tahun ni dah tukau sekolah baru. So, mengharap aku ajer la yang sentiasa sibuk nih. Apa pun masih leh gi, cuma tak kerap la kan. Read on...

Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Taman Nusajaya : Pembinaan Blog

Imej
Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Taman Nusajaya : Pembinaan Blog. Dua hari cikgu cikgi SMK Taman Nusajaya berkampung. Berkampung belajo buat blog. Hmmm.. menarik gak kan. Boleh la. Layan blog mama pun nampak ok. Hahaha... maybe pasal aku pun masuk menyelit gak. Ahahaha... Camno aku ado gambo gambo nih. Pasal henpon mama memang aku taruk dropbox. Amik gambo, auto masuk lam akaun aku. Kira cam tak caqya bini ka? Tak la... mudah sikit. Setel masuk akaun terus aku delete dari phone. sama la cam henpon aku. kan senang. kalau tak asyik dok kata henpon penuh la, camno nak transfer la. ahahaha... read on...

Kerja Rumah Cuti Sekolah

Imej
Kerja Rumah Cuti Sekolah. Semalam, team puteri datang bertandang ke rumah. Team balqis dan team puteri sibuk berbincang pasal kerja rumah. nak buat buku skrap la, kerja cuti terancang la. Good teamwork dan bagus sebab dah mula dari awal. ada sesetengah budak yang esok nak sekolah baru sibuk nak setelkan. ini yang kita mau. rancang dan gunakan masa terluang sebaiknya. Hari ni nak gi legoland. balik maybe ke serigala jahat dan sebelum balik nak cari material untuk buku skrap diaorang ni. Read on...

Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil

Imej
Entry lama : Proton Savvy New Ignition Coil. Ni ler ruper ignition coil savvy yang baru. dia terbahagi pada dua part. Kalau yang lama kedua-dua part disatukan. tu yang bila rosak dedua kena tukar. Harga dia RM350++ untuk setiap part. Jadi for complete set jatuh RM700++ lah. Tapi jangan risau. Biasanya, part yang selalu rosak adalah part yang cam kotak tu jer. Ni pasal aku baru je tukau dari yang model lama ke model baru. So.. Total up for RM718 + upah dan mentol aku yang terbako. Ahahaha. Read on...

Outpost, KIP Mart Tampoi

Imej
Outpost, KIP Mart Tampoi. Kalau nak beli uniform, aksesori; biasanya kat sini la kami pergi. KIP Mart Tampoi. Bukannya apa. Senang. all in one place. Takde situ, gi kedai lain yang bertabur lam tu. OK. Jom kita meronda jap. Bukannya senang nak cari barang untuk kebudaks yang badan dia comel nih.

From Gelang Patah to Taman Mutiara Rini

Imej
From Gelang Patah to Taman Mutiara Rini. Sesaja share gambo gambo melalui jalan utama dari gelang patah ke taman mutiara rini. Pantang tul aku kalau nengok bangunan, segala. Mesti nak amik gambo. Best jugak kan. Pasal kita merakam sejarah. Satu masa nanti semua ni akan berubah. Kita pun tak tau apa jadi dengan tempat tempat ni lepas ni.

Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya

Imej
Edisi terlepas : Majlis Makan Malam bersama TPM di Seri Satria, Putrajaya. Ni memang entry lama. 9 Januari tuh. Bukannya fokus pada majlis makan malam tu, tapi behind the scene. Dari mula kami sampai ke sana, sampai la kami balik semula ke Johor. Yang part majlis tu dah masuk dah pun dedulu. Ahahaha... Yang ni saja masukkan lewat-lewat sikit.

Pasar Tani Taman Nusantara, Gelang Patah

Imej
Pasar Tani Taman Nusantara, Gelang Patah. Memang setiap hari Khamis, pasar ni akan hidup. Biasanya aku ke sini nak beli Char Koey Teow. Petang ni rasa macam nak berjalan-jalan sikit la. Kasi hilang itu B B yang berlegar lam kepala. Orait la kan. Yok kita ke Pasar Tani Taman Nusantara.

Hari yang super B untuk aku

Imej
Hari yang super B untuk aku. Memang ayat bermula B sesangat berpusing pusing di kepala aku hari ni. Ntah. Pasal emel pun boleh biol aku nih. Teruk tul jati diri aku ni. Entah. Bukak emel, baca, biol, bengang, bangang, bengkerk, bosan. Semua ada. Tak menjawab soalan. Apa nih. Aku baca emel ka baca teks ceramah agama nih. Aku mintak timun. Dia bagi aku derian. Dah la bagi derian busuk, cakap kurnian Tuhan pulak tu. Adoiihh.. Pening. Baik buat design. Siap design IPCC 2013. Bengong jap balik. Baca balik emel. Aku salah soalan ka? Em em em... tak pulak. Super duper B keliling balik. Aiishhh.. pening aku cenggini. Jumpa bos jap. Bincang bincang bincang. Hilang jap B B yang penuh tadi. Ahhh.. Buat design lagi. Kan esok dah cuti. Wat design. Setel. Gatai baca lagi emel. Pastu naza pulak datang. Aiishhh.. penuh balik geng B tadi. Ayoyoyo ane aci.. nallarekke... Rupanya dah jam 2 dah. tak makan lagi. Gi makan dulu. Pas makan. Mai balik geng B nih... Buat design wesak la pulak. setel. da

Aktiviti semalam

Imej
Aktiviti semalam. Hmmm.. apa yang dibuat semalam ahh.. Memula pergi lelepak tajri. Balik rumah mama paksa makan malam. makan seafood bagai. pastu... buat kelas blogging. Ahahaha... mementang baru belajo buat blog, dah kena ajar supaya blog mama cun... meme la kena cari templete lain kan. mana la kelas pakai yang stenderd. ajo wat link, masuk gambo, label dan... pastu tido la... penat..

IPCC2013 MSC Malaysia

Imej
IPCC2013 MSC Malaysia MSC sedang menjalankan pertandingan IPCC untuk tahun 2013. Melalui bahagian Multimedia Kreatif, MDeC, 3 pertandingan kandungan kreatif telah dijalankan sejak 2006 lagi. Pada tahun ini pertandingan ini diteruskan lagi melalui 3 kategori iaitu : Animasi Permainan Kasual Komik Interaktif Digital Pertandingan ini terbuka pada semua; amatur dan professional. Apa lagi, moh la kita tonjolkan bakat sedia ada tu. Join them at   http://www.mscmalaysia.my/ipcc_2013 . Read more for details.

Mama belajar blogging

Imej
Mama belajar blogging. Siang tadi ada LDP. Belajar buat blog kat sekolah dia. Balik bising-bising. tak puas hati la tu. Takpa. Kasi tutorial sikit. Ajar serba sikit. Tukau template untuk blog. Wallaaaa... setel. Dah... mama pun dah sukahati. Esok boleh kasi touchup sikit. Sesapa nak gi melawat blog nieza leh ler ikut sini... niezamknace.blogspot.com ... caiyookk.. ps : jangan lepas ni lagi menggila cam aku udah ler... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Lawatan Balqis ke Puteri Harbour Family Theme Park

Imej
Lawatan Balqis ke Puteri Harbour Family Theme Park. Pada senin lepas adik gi Hello Kitty. Tapi pasal baru tahun 1, memang banyak benda dia tak boleh buat dan bawak. Sampai nak beli barang pun tak boleh. Tapi of coz. Barang kat situ meme mahal bebenor. Hari ni giliran kakak dia pulak buat lawatan. Enjoy sakan la. dengan kameranya. dengan joli kataknya. ish ish ish.. layannn

Restoren Tajri, lagi

Imej
Restoren Tajri, lagi dan lagi. Ahahaha... sebab... senang nak parking. order cepat. Boleh tahan la. Dan biasanya order yang aku buat, aku dapat. Ahahaha... Jom kita layan restoren ni pulak. Bukannya jauh pun, taman nusantara ja.

Presenter's Presenter

Imej
Presenter's Presenter. Ni target aku hari ni sebenornyer. Presenter ni gunanya untuk control secara remote persembahan powerpoint korang dari jauh. Dia guna teknologi bluetooth. So coverage kita luas dan secara membulat. Seronok la sikit kan. Ada tiga butang. Yang R tu untuk laser pointer. Up and down untuk menggerakkan presentation korang ke depan dan ke belakang. So, dengan harga RM50, jenama presenter jugak; kira orait la kan. Tengok la berapa lama leh tahan bender alah ni kat tangan aku. Disertakan sekali dengan sebijik bateri 23A dan satu casing khas. Caiyookk!!!

Restoren Azinur, Skudai

Imej
Restoren Azinur, Skudai.  Lama tak singgah sini. Bukan sebab sibuk sangat sampai tak lalu skudai. Dah beberapa kali ke skudai dah pun. masalah dia, kedai ni berpindah lokasi. Terus tak jumpa. Sekali tadi boleh pulak jumpa alamat baru dengan foto sekali lam tenet. Apo laie... terus makan tengahari kat sini. Caiyokkk...

Buku Tiga Lima di era teknologi

Imej
Buku Tiga Lima di era teknologi. Buku ni memang glamer. Masa aku jadi cikgu dulu, kat sekolah budak-budak; sekolah rendah la. Buku ni aku wajibkan budak kelas aku ada. Sekurang-kurangnya untuk subjek aku, math. Gunanya... untuk salin apa kerja rumah yang aku kasi. Lepas dah buat, tanda lam ni dan parent kena sign sebelah catatan kerja rumah tu. Best kan. Hari ni, seharian lam kepala aku terpikir buku tiga lima ni ajer... kalau la semua teknologi ni dah tak berfungsi. maybe buku tiga lima ni la yang akan jadi glamer balik kan. Tetambah bila due date makin dekat, tapi benda takde/tak siap lagi. Maunya kena guna benda cenggini. tetambah takde backup plan or blackout or apa apa ajer la. teknologi ni kalau ko study bebetul, manja bebenor. banyak buruk dari baik. la ni pun aku ada satu buku ni khas untuk savvy aku. Pasal brader pomen aku orang otai. Tak main sistem-sistem yang merepek-repek ni. Buku tiga lima ni simple. Ko tulis ja apa ko buat lam tu. Bila ko nak tengok balik, ko bac

Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai

Imej
Taklimat Perluasan SPS negeri Johor 2013 : Kluang, Segamat, Batu Pahat, Muar, Johor Bahru, Kulai. Alhamdulillah. Setakat hari ni 6 daerah di negeri Johor dah selesai taklimat perluasan SPS. Bermula dengan Kluang, Segamat dan Batu Pahat pada 13 Mei, Muar pada 20 Mei dan Johor Bahru dan Kulai pada hari ini, 21 Mei. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Kami bahagikan kepada 3 slot, BTP bentang SPS secara kasar, Sekolah Bestari Perdana bentang penggunaan SPS di sekolah mereka dan aku, of course yang paling penting iaitu Struktur Tadbir Urus pengurusan SPS. Korang boleh amik dokumen tu di sini . Simple, bagi aku bagi la sistem terhebat dengan talian yang terbaik pun, kalau struktur tadbir urus tak berfungsi, jahanam jadinya. Bila SPS akan mula dijalankan. Pun simple... 2 prasyarat kena penuhi. 1. url untuk sekolah telah diberikan dan 2. Latihan kepada admin sistem telah diberikan. Pastu, baru boleh jalan. Ahahaha... kalau tak dapat dedua ni korang nak isi kat mana... buku tiga lima b

Jusco Bukit Indah getaway : henpon session

Imej
Jusco Bukit Indah getaway : henpon session. Akhirnya, atas sebab henpon dah ilang, kena la jugak beli henpon baru. ish ish ish... alang-alang tukau sekali plan. amik plan postpaid semat... ahahaha.. just plain voice + sms plan ajer. tu pasal amik henpon basic ja. kira ok ler.

Samsung Corby 2 : Kaedah reset hp untuk error DNS failed

Imej
Samsung Corby 2 : Kaedah reset hp untuk error DNS failed. Tadi baru beli henpon corby 2 nih. Bab emel setel. Dedua emel aku jalan lancar. Tapi bila bukak browser bengong jap. keluar error DNS failed. Apakehei la pulak nih. Bukak FB, Twitter pun sama. Adoiihh.. poning jap palo pakcik. Reset semula henpon. OK. Setel semua masalah. Sekali sebelah malamnya, emel ok. Internet, FB, Twitter bengong balik. Search tenet bagai. Ropernyer kekadang dia bengong jap. Kena reset WAP. Cemana caranya.. Just follow the trick down here.. Memula Turn-off WiFi Pastu open keypad, Dial *2767*927# (Wap Reset) Tekan butang Call/Green key Turn-on WiFi Setel... Ulang kalau jadi lagi.. Ahahaha! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Edisi lama : G2 Grooming Spa

Imej
Edisi lama : G2 Grooming Spa. Aku sendiri pun dah tak ingat bila aku gi buat grooming keter aku nih. Dedua pulak tu. siap wax, polish semua la. Sesekali manjakan. Bila lagi kan. Kebetulan aku jumpa promosi kat tenet. Belasah ajer la. Yang penting, dedua keter aku dah kiut. Wahhaiii...

Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 2

Imej
Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 2. Setel bab hari 1 yang penuh dengan gembel gembelan. Masuk la pulak hari kedua. Hari ni belasah dulu mandi puas puas kat pool sampai kecut. Dah puas hati kat situ baru la sibuk nak meronda melaka or what-so-ever. Jom kita...

Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 1

Imej
Edisi lama : Jengjalan Melaka Day 1. Hah... ni lagi satu... laaaaaaammmaaa jugak. Sampai yang pengantin yang baru pun dah jadi lama. 24 Mac lepas kami pakat pi melaka. nak pi kenduri adik penguin sorang ni. Punya la best, sampai sesat dan banyak benda tak jangka jadi. memula kes salah rumah. pastu kes gamble nak tidur resort. hehehe... memang best la cuti kali tu.

Edisi lama : English Fest 2013 Nusajaya Zone

Imej
Edisi lama : English Fest 2013 Nusajaya Zone. Program ni dijalankan pada 13 April yang lepas. Nampak nor banyak tul entry terlepas aku ni kan. Nak buat camner, sibuk bebenor. Ni pun aku baru dapat mood berblog semula, my style. Dah lama aku tak dapat mood sebegini. Dan ni la yang aku tertinggal, sepertimana masa aku tinggalkan fotopages dulu. La ni mood ni dah mai balik so... get ready you guys out there, pasal akan penuh dengan bebelan bebelan aku cam dulu balik. Yihaaaa....

Edisi lama : Perjumpaan Khas Guru Guru SJKC bersama TPM

Imej
Edisi lama : Perjumpaan Khas Guru Guru SJKC bersama TPM. Memang lama dah ni. Lama aku tak masukkan. Masa ni kaki aku sakit semula pasal dok menapak sana sini. Peristiwa ni berlangsung pada 16 April yang lepas. Guru guru dari sjkc seluruh Johor dan sedikit dari KL, Negeri Sembilan dan Melaka turut hadir ke majlis ini.

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013

Imej
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013. Pagi ini, bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru; majlis berlangsung dengan gemilang sekali. Memang best. The suasana, the venue... saling berkait ditambah ngan selingan nyanyian dari koir. Perrghhh...