Sekolah Berasrama Penuh Malaysia

Sekolah Berasrama Penuh Malaysia

imej shared from www.abgshah.com
Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
               
SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956.  Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

 1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (S.T.A.R. Ipoh) - 1956
 2. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
 3. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
 4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
 5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963
 6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor.  Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor.  Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang.  Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS).

Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara.  Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai:   "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-

 1.     SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)
 2.     SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)
 3.     SMS Selangor (1973)
 4.     SMS Muzaffar Syah (1973)
 5.     SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)
 6.     SMS Sultan Mahmud (1973)
 7.     SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)
 8.     SMS Tuanku Syed Putra (1974)
 9.     SMS Tuanku Jaafar (1974)
 10.    SMS Johor (1975)

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal. Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Sehingga April 2013 bilangan SBP di seluruh negara adalah 68 buah.

MOTO SBP
“KECEMERLANGAN UNTUK SEMUA”

SENARAI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (Sehingga Disember 2013)
     
PERLIS (1)
      Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis 

KEDAH (5)
      Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah     
      Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
      Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah                   
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah    
      Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah                         

PULAU PINANG (2)
      Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang                              
      Sekolah Menengah Sains Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang           
     
PERAK (7)
      The Malay College Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak                     
      Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak                         
      Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak                
      Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Teluk Intan, Perak                    
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Gopeng, Perak                   
      Sekolah Menengah Sains, Bagan Datoh, Bagan Datoh Perak                    
      Sekolah Menengah Sains Tapah,Tapah, Perak                         
     
W.P. KUALA LUMPUR (3)
      Sekolah Menengah Sains Selangor, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur         
      Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Jalan Kolam Air, Kuala Lumpur         
      Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur        
     
W.P. PUTRAJAYA (1)
      Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya                                                 
     
SELANGOR (9)
      Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang, Selangor
      Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor                                  
      Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Kajang, Selangor
      Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor           
      Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,  Ulu Yam,  Selangor
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,  Rawang Selangor
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Sabak Bernam Selangor
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak,  Gombak Kuala Lumpur            
      Sekolah Menengah Sains Banting, Banting, Selangor                                                                 
   
NEGERI SEMBILAN (8)
      Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
      Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek,  Negeri Sembilan                     
      Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan        
      Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu,  Labu, Negeri Sembilan           
      Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan          
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
      Sekolah Menengah Sains Rembau, Rembau, Negeri Sembilan
      SMS Perempuan Seremban,  Seremban, Negeri Sembilan (Dijangka buka pada Januari 2014)                       
     
MELAKA (2)
      Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Air Keroh,  Melaka
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Selandar, Melaka              
     
JOHOR (7)
      Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor                                   
      Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor
      Sekolah Menengah Sains Muar, Ledang, Johor
      Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor                    
      Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor                    
      Sekolah Menengah Sains Sembrong,  Kluang, Johor                           
      Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Batu Pahat, Johor                      
     
PAHANG (7)
      Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang            
      Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang                          
      Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang                       
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Temerloh, Temerloh, Pahang             
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang          
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang                
      Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong, Karak, Pahang
     
TERENGGANU (6)
      Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu        
      Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu                      
      Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu,  Kuala Terengganu, Terengganu    
      Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu
      Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, Kuala Berang, Terengganu
      Sekolah Menengah Sains Setiu, Setiu, Terengganu                                                
     
KELANTAN (5)
      Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan                                          
      Sekolah Menengah Sains Machang, Machang, Kelantan                         
      Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Pasir Puteh, Kelantan                 
      Sekolah Menengah Sains Jeli,  Jeli, Kelantan
      Sekolah Menengah Sains Gua Musang, Gua Musang, Kelantan (Sedang dalam pembinaan)
     
SABAH (2)
      Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah                        
      Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah                      
     
W.P. LABUAN (1)
      Sekolah Menengah Sains Labuan,  W.P. Labuan                               
                                   
SARAWAK (3)
      Sekolah Menengah Sains Miri, Miri, Sarawak                                
      Sekolah Menengah Sains Kuching, Kuching, Sarawak                          
      Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Kuching, Sarawak   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP