PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)


Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan satu sistem pendidikan yang unggul berteraskan Sains dan Teknologi bagi pelajar Bumiputera yang berpotensi dalam bidang tersebut untuk menggalak dan membimbing pelajar ini khususnya di luar bandar menyertai aktif dalam pembangunan ekonomi negara . Dengan ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Bermula dengan penubuhan MRSM Seremban (kini Kolej MARA Seremban), Kota Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kulim (kini Kolej MARA Kulim), MRSM kini telah berkembang menjadi 32 buah MRSM di seluruh negara.

Berikut adalah senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

  1. MRSM Beseri, Perlis
  2. MRSM Langkawi, Kedah
  3. MRSM Pendang, Kedah
  4. MRSM Kulim, Kedah
  5. MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
  6. MRSM Transkrian, Pulau Pinang
  7. MRSM Gerik, Perak
  8. MRSM Lenggong, Perak
  9. MRSM Taiping, Perak
  10. MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor 
  11. MRSM Pasir Salak, Perak
  12. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  13. MRSM Serting, Negeri Sembilan
  14. MRSM Jasin, Melaka
  15. MRSM Terendak, Melaka
  16. MRSM Jeli, Kelantan
  17. MRSM Kuala Krai, Kelantan
  18. MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
  19. MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
  20. MRSM Kota Putra, Terengganu 
  21. MRSM Kuala Terengganu, Terengganu
  22. MRSM Kuala Berang, Terengganu
  23. MRSM Kuantan, Pahang
  24. MRSM Muadzam Shah, Pahang
  25. MRSM Kuala Lipis, Pahang
  26. MRSM Mersing, Johor
  27. MRSM Batu Pahat, Johor
  28. MRSM Pontian, Johor
  29. MRSM Muar, Johor
  30. MRSM YT Besut, Terengganu
  31. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  32. MRSM Kuching, Sarawak


Syarat-Syarat Kemasukan Ke MRSM

Untuk Tingkatan Satu :

  1. Warganegara Malaysia tahun enam
  2. Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan. 
  3. Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung. 
  4. mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak. 
  5. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan.  
  6. Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.


Untuk Tingkatan Empat :

  1. Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah  Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia.
  2. Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun semasa.
  3. Markah yang tinggi dalam UKKM (Ujian kecenderungan ke MRSM) tahun semasa.
  4. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  5. Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.
  6. Cara Permohonan Memasuki MRSM


Sistem pengambilan adalah terletak pada bulan Januari hingga 30 April setiap tahun.

Untuk Tingkatan Satu :

Pemohon hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan pada hari keputusan UPSR diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan UPSR yang telah disahkan semasa membeli borang.  Bayaran adalah sebanyak RM5.00 tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA].

Untuk Tingkatan Empat :

Pemohon  yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Semester 1 (Mei tahun semasa), Tingkatan 3 hendaklah datang ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan semasa penjualan borang. Pemohon hendaklah membawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak serta Keputusan Peperiksaan Semester 1 (Mei tahun semasa) Tingkatan 3 yang telah disahkan semasa membeli borang. Bayaran adalah sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit)  tunai atau kiriman wang hendaklah dibuat dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat [MARA]. Bagi pemohon yang memohon borang permohonan melalui pos, perlu sertakan wang pos/kiriman wang, salinan kad pengenalan, surat beranak, keputusan Peperiksaan Semester Satu (Mei 2005) Tingkatan Tiga, yang telah disahkan benar serta sampul surat tebal berukuran 25 cm x 36 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 kepada Pejabat MARA Negeri/Daerah yang terdekat.


Proses Pengiraan Markah Kemasukan Ke MRSM

Untuk Tingkatan Satu :

25%  daripada akademik atau 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.
45%  daripada status sosioekonomi (SES). Pendapatan kedua ibu bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan terbaik yang boleh menyumbang kepada merit/markah seseorang pemohon.
30%   daripada ko-kurikulum.

Untuk Tingkatan Empat :

Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A 2B  ( A DALAM MATEMATIK & SAINS) adalah layak untuk mengemukakan permohonan. Pelajar tingkatan empat harus menduduki satu ujian khas iaitu ujian kecenderungan ke MRSM (UKKM) yang merangkumi 70% daripada syarat pemilihan dan 30% yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atau keluarga.

Semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi 3 aspek utama iaitu soalan Matematik (50 soalan), soalan Sains (50 soalan), dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan, sukatannya adalah berdasarkan Pelajaran Menengah Rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.

Bagi memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar tingkatan empat, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

         a. mendapat 8A/9A dalam keputusan peperiksaan PMR.

         b. lulus dengan cemerlang di dalam UKKM  dan markah

             mestilah menepati susunan tertinggi yang telah ditetapkan)


Bantuan Kewangan Kepada Pelajar :

Pelajar MRSM diberikan biasiswa yang mana pihak MARA namakannya sebagai Bantuan Kewangan yang berupa pengecualian daripada membayar yuran
(RM30) dan Wang Saku sebanyak RM 25 sebulan. Mereka yang layak menerima Bantuan Kewangan dikira menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan jumlah tanggungan di dalam keluarga.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied