Program Outreach PBS - JPNPPD


Program Outreach PBS - JPNPPD

Bertempat di Dewan Seminar JPN Johor, kami; di jabatan beserta dengan pegawai-pegawai dari PPD Johor Bahru dan PPD Kota Tinggi dilibatkan dengan program outreach yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) ini. Program ini dipecahkan kepada 3 sesi, dari pagi sampai la ke petang. Read on...

pepagi bertolak dari rumah. mindset dah dibersihkan khusus untuk taklimat ini. chewahhh...

dah sampai jabatan.

last check apa yang akan disampaikan semasa taklimat nanti

masa naik ke tingkat atas terperasan bahawa teruk tul keadaan kat luar. nampak berbalam ja jb

urusetia yang setia menanti untuk sesi pendaftaran

orang ketiga mendaftar adalah... encik iskandar!!! tahniah. dapat hadiah dok sebelah aku nanti. BTW aku orang kedua mendaftar dan orang pertama adalah... encik azam...

terus masuk dan claim hadiah.. duk bersama dan bahan bahan taklimat dari lembaga peperiksaan

majlis sudah hampir bermula

mc kita hari ni

tokei sendiri jadi penbaca doa. respek beb..

jom kita aminkan reramai doa ini

seterusnya ucapan aluan dari ks spp

seronok aku mengambil gambo

mementang dapat zoom sezoom zoom nya. ahahaha

eceh.. best jugak cenggini

ni merupakan hadiah kepada pendaftar terawal.. ehehehe... dok sekali dan dapat dipaparkan lam blog ini yah.. terbaeekkk!!!!

8.30 pagi Sesi 1 bermula dengan tajuk
  1. Penjaminan Kualiti PBS oleh En. Jain bin Chee
  2. SPPBS : Pemantauan melalui statistik akademik dan bukan akademik oleh Pn. Wan Faizatul Shima binti Ismayatim
slot dimulakan dengan taklimat berkaitan PBS oleh en. Jain

aku masih dengan snap snap snap ehehehe

semua yang disampaikan boleh didapati di portal lembaga peperiksaan

boleh la dapatkan di pautan berikut

sementara itu... encik azam tengah buat apa tu...

aku sempat mengerling pada dashbard ppd dan menyimpan statistik secara tradisional pasal aku tak bawak laptop ini kali


slot kedua lebih menarik dengan pembentangan SPPBS dari Pn. Shima

banyak yang dikongsi berkaitan SPPBS

masalah, isu; semua diberikan

insyaAllah, 2014, bila dah dok kat hosting sendiri di enstek... jamin berehhh boohh..

antara lain yang disentuh adalah pasal kecairan maklumat

tak sama apa yang cikgu buat dengan yang kat web sebab ... dokumen standard prestasi obselete

sila pastikan anda sentiasa tengok ada penambahbaikan dokumen standard prestasi di portal lembaga peperiksaan

check kat sini ya. yang baru akan dibold, warna merah dan ada star depan dia.

seronok dengar dengan cara persembahan pn. shima nih

harap lepas ni pelbagai masalah dapat diselesaikan

tu sebab sesi outreach ni dibuat, supaya kecairan tadi dapat dipekatkan semula..


11.30 pagi Sesi 2
Dasar-dasar baharu Pentaksiran Pendidikan oleh En. Azhar bin Ahmad
  1. Sejarah wajib lulus SPM mulai 2013
  2. Bahasa Inggeris wajib lulus SPM mulai 2016
  3. Pertambahan Peratusan Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam instrumen pentaksiran
ni antara yang penting

banyak dasar baharu yang dibuat

lepas ni sejarah jadi subjek wajib lulus

gagal sejarah, gagal SPM

pengenalan kertas 3 sejarah, dah la open book test, tajuk diberikan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan 2 atau 3 minggu lebih awal

tak lulus jugak tak tau la apa chek nak habaq

seterusnya 2016 bahasa inggeris pulak menyusul sebagai subjek wajib lulus SPM

maknanya 2016 pelajar mesti lulus 3 subjek ni baru boleh lulus SPM, sepatutnya pun kan

akhir sekali berkaitan HOTS atau KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi pelajar


1.30 petang Sesi 3
  1. Soal Jawab
  2. Rumusan dan Penilaian
masa ni keluar jap nak gi tandas. tengok makanan dah pun tersedia

boleh tahan nooo...

sesi penyampaian cenderamata

jangan segan ya

mai lagi sini kita share pengalaman. terima kasih bebanyak atas perkongsian hari ni.


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied