Gempa Bumi Lemah Landa Baling


Gempa Bumi Lemah Landa Baling. Pergghhh... Bio betui. Ada orang share apa yang aku masukkan kat atas tu lam FB. Tak puas hati. Sekali tengok lam sinar harian ada berita la pulak. Apa lagi. Call kampung. Dah kena la pulak tu. Sekolah yang pakat depa pi tu sekolah adik aku. Dia kata dia kat tingkat bawah memang tak rasa. Cikgu yang dok kat tingkat ataih sekali ja yang rasa. Alhamdulillah tadak pa. Apa pun dia kata memang penuh la sekolah dia tadi, ngan orang rtm la, orang paper la.

Gempa Bumi Di Baling, Kedah; Guru & Pelajar Rasai Gegaran

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther yang melanda daerah ini pagi tadi turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong dekat sini. Guru Besar sekolah itu, Muhd Fadzli Shaari berkata guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah merasai gegaran kecil yang berlaku dalam beberapa ketika sehingga menyebabkan mereka berasa loya.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Malaysia turut menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.

Seorang guru, Lydia Zephaniah berkata dia merasai gegaran ketika sedang mengajar, namun tidak mengesyaki ia disebabkan gempa bumi sehingga pihak sekolah menerima panggilan daripada Jabatan Meteorologi. "Saya hanya duduk di kerusi dan melihat pelajar saya setelah merasai kelainan yang tidak pernah saya alami selama ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gempa bumi yang melanda Kupang di sini pada 8.26 pagi, berpusat di 11km selatan Baling dan kesan gegaran boleh dirasai di sekitarnya. - Sinar Harian

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied