Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013


Program Gaya Hidup Sihat Jabatan Pelajaran Johor 2013 telah dijalankan bermula pada pagi ni di Pusat Kokurikulum JPN Johor. Alaaa... kat tempat perasmian GM1M zon selatan tu dibuat. Untuk hari ini, yang terlibat lebih kurang 40 orang peserta dahulu; yang melibatkan Pengarah, Timbalan, Ketua Sektor, Timbalan Ketua Sektor, dan Ketua Unit; yang umurnya 40 dan ke atas. Ahahaha. Tapi sebab petang semalam Puan Suria dah call cakap yang mana free boleh jugak join, dialu-alukan. So, pagi ni; aku pun join jugak la. Objektif sebenar, hehehe... nak amik gambo, dan nak tengok aku ni fit lagi ke tak.

OK. Ada tiga bahagian sebenarnya untuk keseluruhan program gaya hidup sihat ni. Bahagian pertama adalah pemeriksaan kesihatan. Yang ni memang aku takmo masuk pun. Hish... Amik gambo sesikit pun dah mula mual. Of coz ada check darah. So, tak lama sangat kat sini. Snap snap terus cabut tenangkan diri kat luar.

Bahagian kedua adalah senamrobik. Best jugak. Lenguh lenguh habis satu badan. Nampak no tak fit dah. Ye lah. Asyik beraircond ja memanjang, sapo suruh kan. And lastly, ujian kecergasan. Yang ni best. Aku pun hancur bersama ujian ini. Ahahaha.. Cerita panjang bersama gambo ya...


Isi minyak pun kena masuk. Sib baik tak dapat nak camwhore bersama isian penuh RM40.13 aku tuh. Ahahaha... layankan ajer la kan.

Pastu sesaja amik gambo langit kat trafik light ke kota iskandar. sesaja nak menunjukkan aku boring tahap dewa dah ni pasal nunggukan lampu hijo yang tak kunjung tiba.

parking kat tempat aku dan menapak turun ke pusat koko. Sekali nengok, cam best pulak amik gambo bangunan ni. bukan senang nak dapat chance camni kan.

surau jabatan pun jadi mangsa

amacam.. surau jabatan berlatar belakangkan bangunan baru jabatan.

angle tepi kiri sikit.

amik dari depan stesen tnb. tempat van sup tu. 

dah sampai ke bawah. layan sikit kawasan nih. kalau dia buat ujian kat sini, laaaaagiii aku tak lepas rasanya.

alang alang amik gambo banner sekali. rupanya esok ada lagi. untuk pegawai ppd pulak. dan petang esok ada ceramah ya kat dewan seminar

pintu masuk ke pusat kokurikulum johor. yihaaa... dah sah sah aku dari dalam, keluar untuk amik gambo. ahahaha

tempat pendaftaran. cayalah pakai baju jdt tuh.. apa pun hidup kucen yang berak tengah padang tu.. sori, nyimpang tajuk ler pulak

sesi pendaftaran pun bermula. yang paling best adalah apabila korang bandingkan kedua dua gambar antara yang ni ngan yang atas. mata tak berkelip tau pandang aku. nampak no lakonan yang diciptakan oleh aku berjaya dikantoikan oleh aku sendiri. ahahaha

timbalan pun dah tiba.

carta norma ujian kecerdasan. nanti la aku cerita keputusan aku. huhuhu

semua berkumpul untuk mendengar taklimat awal.

taklimat dimulakan

huihh.. masa ni baru tau ada tiga bahagian.

banyak ni yang kita kena buat nih

takpa. rilek ajer tuan tuan. yang takut darah ja tak payah buat. ahahaha.. nampak tak ayat rekaan aku yang langsung tak masuk akal nih

memasing teruja mendengar perkara yang akan dijalankan sebentar nanti

OK. rasanya itu merupakan taklimat secara umum

seterusnya taklimat ujian kecerdasan pulak berlangsung

kita boleh punyooo...

masing masing turut bersemangat untuk mencuba setelah mendengar penerangan

OK. nampaknya misi yang ditunggu tunggu telah tiba.. sori.. nurse ya

Lepas diaorang dah setel tempat kerja kita boleh mula melakukan ujian ya tuan tuan

masing masing kembali teruja untuk menjalankan ujian kesihatan

lambat la pulak misi misi ni susun tempat. kami dah tak sabar dah ni

tengok.. siap pasang sendiri tau

misi misi merasa tercabar dan tergugat melihat kehebatan KS yang berjaya memasang sendiri alat pemeriksaan BP dan bertambah pantas mempersiapkan diri sebelum disoal bertalu talu oleh peserta

ish ish ish... bateri la pulak low ni. kena tukar dulu ni

dengan sepantas kilat misi tersebut terus mengambil tempatnya dan memulakan tugas sebelum tugasnya diambil terus secara kekal.

OK... semua isi borang dulu ya.

semua pakat berlari keluar dan mencari pen untuk memastikan tugasan ini berjaya dilaksanakan. Haaa... eager sangat la tadi. Rupanya borang pun tak isi lagi.

timbalan memulakan acara check darah. hiii... tak sanggup dah aku dok lelama kat sini. aku dah mula mual dah ni..

sempat lagi snap upacara ukur tinggi kat depan

loh.. bos sendiri rupanya

sempat snap lagi dan lagi

ahahaha.. sebab dia tak cucuk lagi. boleh la aku berdiri ngan jayanya kat sini.

tempat aku menenangkan diri sebelum aku jatuh pitam. TQ TQ

masuk balik jap untuk sambung snap

kaunter dah mula dibanjiri peserta

ni salah bateri lagi ka ni. tak gerak nih

tak sarung lagi mana gerak la...

moh ke tapak senamrobik yok

sesaja snap terlebih dahulu

peserta dah mula masuk ke tapak

saya ingat orang takde, rupanya semua buat checkup. ish ish ish..

OK... boleh kita mulakan

semua dah semangat. kita mula ngan larian setempat ya

Jom kita mulakan

sesambil nak ambil tempat aku snap dan snap

lepak sini ajer la ngan bos

ok dah mula. yang dok amik gambo tu jangan cengkelat

dah.. saya dah dok setempat ni

alamak.. terjalan semula ke depan dan snap lagi

dan lagi

dan lagi. K.. pasni saya buat bebetul.. dan takde lagi gambo sebab aku buat bebetul. iya.. sumpah makan sate 3 cucuk..

setel kat situ kita buat ujian kecergasan. demo dulu dilakukan

boleh ka kita buat ni. tempat kecik sangat ni. kami biasa buat tahap olimpik nyer

boleh... nanti kita akan cuba tukarkan semula ukurannya jadi tahap olimpik punya

K. dah paham. jom kita mulakan.

tak ingat nama apa ntah. Tapi yang ni aku dapat cemerlang. Ahahaha 5 bintang tuh

yang ni aku cuma dapat 4 dari 5 bintang... huhuhuh

ni aku dapat 4 dari 5 bintang. kantoi. lengoh dah tangan aku. aku nak buat lagi tapi tangan tak support la. kecewa sungguh..

aku dapat lebih satu ja dari KU Pusat Koko ni. Untuk usia aku, aku patut rasa malu la. Ada dua lagi iaitu lari yang aku dapar sebintang ja. Buat malu jah. Dan Lompat jauh yang aku dapat 4 dari lima bintang. Aku kira aku out sebab aku dapat sebintang dalam acara larian tuh.. wat malu jah...

dah setel baru la sarap

laluan naik ke atas semula

yok sambung kije yok


Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied