Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Logitech Wireless Combo MK220

Imej
Beli baru lagi. Dah jadi rutin la pulak setiap 6 bulan. Huhuhu. Kebudak tengah hebat. Takpela. Set ni aku dapat rm89. Ok la. Cuma kena biasakan keyboard compact but cool dia... Via x8jer

Mesyuarat pra KIK

Imej
Panas...panas... Tu baru debat pasal tajuk tu, dah sampai ke 5.30 petang. Tak tau la cemana nanti bila meeting pasal isi nanti. Walauapapun, aku puas hati. Semua bagi sumbangsaran sampai dapat tajuk yang agak baik, realistik dan dapat menepati menyatakan penyelesaian kepada permasalahan organisasi. Hope for the best... ps : leh tahan gak makan cucur sambil gegaduh nih... kikiki... nanti 15 hb kita sambung gegaduh lagi... Via x8jer

Singgah Jusco Bukit Indah

Imej
Habis meeting ngam ngam rehat. Singgah jusco jap. Bukannya apa, nak tukar bateri jam tangan alba aku tu. Susah gak kan nak cari city chain ni. Kena rm18, termasuk tambah satu senggat kat tali jam. Sekali pakai cam longgar la pulak. Tak kisah la. Selama ni pun aku suka pakai tak kancing lagi. Kekeke... dah dekat sebulan aku tak pakai jam ni pun. Lain pulak rasa. Masa nak balik ke pejabat terperasan dah ada tgv wei kat sini, wuiyooo... bukan jusco ahso lagi maaa... leng chai pun sudah suka hati maaa... Via x8jer

Lawatan sekitar SMK Taman Damansara Aliff

Imej
Sekolahnya besar. Fasiliti memang terbaeekkk!!!!. Ronda satu sekolah sesambil memantau kondisi. Via x8jer

Mesyuarat Pengoperasian Sekolah Baru Sekolah Menengah Negeri Johor Bil.1/2012

Imej
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Terus setelkan bab pendaftaran sekolah on the spot. InsyaAllah, minggu depan setel la bab kod sekolah ni. Via x8jer

Wordless Wednesday

Imej

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Warga Jabatan Pelajaran Johor

Imej
Petang tadi ada ldp kat dewan auditorium. Cerita berkisar tentang keselamatan berkaitan api. Ni aku nak share serba sedikit berkenaan apa yang aku dapat tadi. Api ada dua jenis. Jenis pertama Api terang. Ni jenis biasa, bakar kayu n what so ever. Senang dipadam - kaedah kasi lapar, kasi lemas, kasi pisah Jenis kedua Api elektrik Ni bahaya, sebab 3 kaedah di atas tak leh guna; kena guna pemadam api. Selalu disebabkan litar pintas. So, diterangkan.. Kalau nak tutup elektrik pastikan pakai sandal dan pakai kayu untuk tutup main switch. Pastikan benda ni sentiasa ada berdekatan main switch. Untuk call bomba Pakai handphone dail 112 lebih cepat dari 999. Seterusnya diceritakan pasal kereta mudah terbakar. Ada 2 sebab utama... 1. Bateri - pastikan skru besi yang tak kasi bateri bergerak tu ketat, kalau tak takut takut bergoncang terkena besi bonet dan hasilkan percikan api /plastik cover terminal pastikan ada 2. Minyak - paling mudah terbakar ron 95/97 So pastikan sekiranya ad

Logo latest SPPJ

Imej
Ni yang paling latest aku godak. Hehehe. Just update sikit dari dulu. Tetiba nak buat bulan tu gaya belang tarung. Gantikan titik j dengan bintang. Sebenarnya logo ni sekadar font singkatan nama sistem dengan berlatar belakang bendera johor. Kali ni tetiba aku rasa nak boldkan bulan dan bintang. Tu yang terus keluarkan dari just latar pada logo sebelum ini kepada ditonjolkan dalam logo terkini. Ada pandangan??? ps : si firdaus a kata logo no cam logo kapten amerika. Chaittt... Mu ni Amààreekààà tul bak kata johan.. Kuikuikui... via tab7jer

Berdagang dalam atau Berdagang luar?

Imej
Menarik jugak persoalan ni. Berdagang dalam atau berdagang luar? Aku pun baru dengo jer. Tu pun pasal dapat jemputan ke Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Majlis Jamuan Sempena menyambut Ulangtahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Jumaat ni di Masjid Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru. Yang bestnya attire pakaian yang tertera adalah Baju Melayu Teluk Belanga Berdagang Luar. Hmmm.. Tu la first time dengor nih. Kekeke.. Sib baik pakcik google ada. So jumpa la article ni kat portal rasmi Pejabat Menteri Besar Johor gitu.. Baju Melayu bukanlah fasyen terbaru dan umum menerima bahawa untuk lelaki, fasyennya ialah “Cekak Musang”. Fasyen ini juga diterima-pakai sebagai pakaian rasmi untuk majlis yang membabitkan istana dan kerajaan. Johor, bagaimanapun mempunyai kelebihan dengan fasyen baju Melayu Teluk Belanga. Dan menambah seri kepada kelebihan ini ialah cara pemakaian sampingnya sama ada dagang luar atau dagang dalam. Menurut Dato’ Ayub Mion, Penasiha

En. Ajni... Layanzzzz 11@century

Imej
Boleh pulak jumpa en.ajni pagi ni. Kebetulan dia turun buat pemantauan program di hotel 11@century pagi tadi. Tapi tak leh ler lelama. Memasing ada tugas memasing. InsyaAllah ada rejeki jumpa lagi. Via x8jer

Masterchef Selebriti Episod 4

Imej
Masterchef Selebriti Episod 4 Penyingkiran Nampaknya nasib tak menyebelahi Team Hijau yang diketuai oleh Azwan Ali. Semua ahlinya iaitu Azwan Ali, Dr Faiz, Raja Azmi dan Farouk kena hadapi cabaran masakan Burrito untuk menawan hati juri dalam memastikan dapat meneruskan cabaran. Peserta pertama yang tersingkir ... Mejar Dr. Faiz Posted via Blogger PC edisen

Senang tul jadi kucing

Imej
Memula ngendap jer dari jauh. Makan sisa sisa lebihan makan sitam tu. Makin lama makin rapat. Pastu dia pulak yang meluru dulu dari sitam. Last last dah duk sekali dah, terus jadi mem sitam. Senang tul jadi kucing ni kan. Tetambah kalau betina. Kuikuikui... Apapun anak tak pandai jaga lagi. Tu yang first hari tu ntah ke mana. Yang seken round ni sekor dah abis bawah tayar aku ituhari... ish ish ish.. Via x8jer

Pasar Malam Gelang Patah

Imej
Aktiviti rutin setiap selasa. Tapau ration ruji cam biasa... Via x8jer

Pertandingan Fotografi Suasana Menarik di Perpustakaan

Imej
Sesapa yang berminat boleh join Pertandingan Fotografi dengan tema : Suasana Menarik di Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. Syarat dia mudah jer. 1. Submit foto 4r berkaitan tema dengan borang yang dah lengkap diisi di kaunter perpustakaan sebelum 10 Jun 2012. 2. Foto mesti diambil di dalam bangunan Perpustakaan Awam Johor. 3. Pertandingan ini terbuka pada semua. Hadiah. Nombor 1 : RM150 Nombor 2 : RM100 Nombor 3 : RM50 Via tab7jer

Library card : renewed

Imej
Selesai... pasni leh pinjam semula. Yang bestnya, lam 10 minit jer dah dapat kad baru. Terbaeekkk!!!! Via x8jer

Mesyuarat tak rasmi KIK 2012

Imej
Kat neng, sebelah bawah PPDJB lama. Team dah lengkap. Tajuk dah ada. Nak kena murni ja lagi... Via x8jer

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2012 JPN Johor

Imej
Pagi ni bertempat di Dewan Seminar Aras 5, perhimpunan bulanan digabung bersama dengan sambutan hari guru untuk peringkat jabatan. Memang terbaeekkk!!!! Cuma part potong pulut kuning tu ada sikit spoil. Macam tak kena je letak video harijadi ismet ulam raja tu. Hari ni juga dengan rasminya slogan baru JPN Johor dilancarkan iaitu Johor Leads. ps : gambar memang berterabur, tak ikut susunan. Yelah.. hapdet pakai pon jer kan Via x8jer