Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Setel booking

Imej
Setel. Jap ajer nak booking nih. Cuma lambat sikit la. Kalau tak mesti aku dapat yang jam 7 pagi tu. Rugi sikit aaa.. Tengok yang tinggal jam 10, 11 jer untuk sabtu ni. Nak tak nak ambik ajer la. Tang Savvy aku jer masalah lagi ni. Camner aku nak ngantor nih. Harap dia bukak awal. So leh la aku hantar dua dua keter sekaligus. Setel livina gi ambik jer savvy kan.. Hehehehe.. Harap harap jadi kenyataan tu..

Stok untuk sekolah

Imej
Kalau dah nama anak dah sekolah, mesti la cari duit cenggini. Senang nak kasi duit belanja. Walaupun dah pandai kira duit. Tapi malas nak kasi duit besar besar. Nanti jadi apa apa kan susah. Jadi, paling senang kita pecahkann siap siap duit kat bank, bagi jer yang sepatutnya pada dia. Macam ni, cukup untuk sebulan setengah jer lebih kurang. Dah habis stok ni nanti kena la gi tukar lagi. Walau nampak macam remeh sikit. Tapi aku rasa lebih senang cenggini. Ngam ngam jer bawak duit. Dari bagi sedepuk untuk seminggu kan. Untuk iqa jer aku kasi RM3 sehari. Perghhh.. Ingat dedulu bawak lima posen jer masa sekolah rendah. dah naik sekolah menengah baru bawak singgit. La ni sekolah rendah pun dah tiga hinggit sehari. Mana taknya. sampai ke sekolah agama sebelah petang sekali tu. Tapi tengok setakat ni iqa leh maintain lagi la. Masih ada baki untuk ditabung. Buat kipas sikit. Hahahaha.. tak jadi. Tu sebab aku tak join mlm. Asas buat kipas pun tak lepas. Kekekeke. Jangan maraaa aaaa...

De Kasturi Cafe

Imej
Setel semua kat damansara aliff. Lebih kurang jam 1.10 kami bertolak tinggalkan sekolah. Hmmm.. Kalau masuk ke ppd time cenggini memang cari bala. Time ni mak bapak penuh depan ppd. Ngambik anak anak balik sekolah. Hmmm. Dah nama pun time rehat. Cik Mohd Shah ajak gi lunch, tempat spesel katanya. Ngikut ajer la. Rupanya makan kat sekolah spastik johor. Hmmm.. first time nih aku masuk sini. Memang terbuka jugak la mata nengok keadaan penghuni kat sini. Kalau kat sekolah dulu tahap sederhana ja. Kat sini lebih pada tu. Kami makan kat de kasturi cafe. Boleh tahan. Harga pun murah. Banyak volunteer jer yang makan kat sini. Kata cik mohd shah, banyak ex guru, guru yang dah pencen jadi volunteer kat sini. Tu yang dia pun tahu tempat ni. Memang terbaeekkk!!!! untuk cermin diri kita kat sini. Rasa sangat bersyukur atas nikmat yang diberikan.

Khidmat Bantu EMiS Online

Imej
Pagi tadi gerak ke SK Damansara Aliff bersama penyelia sekolah, en. mohd shah. Sekolah baru, bawah jajahan lagi; wajib la kita turun bantu. Emis pun baru dapat hari khamis lepas. Memang turun untuk pastikan semua data kritikal dapat dimasukkan dan diselesaikan. Alhamdulillah ada guru data yang memang bagus disini. Dan kalau ikut pun ada dua ex gdm disini. Jadi tak berapa risau sangat. all the best.. Terbaeekkk!!!!

Beli tudung baru

Imej
Malamnya keluar gi greenpoint. Beli tudung baru untuk iqa. Sekolah agama kena pakai tudung yang biasa cenggini. Beli ajer la. Nasib ada selai ajer. Masalah la jugak cenggini. Nanti huung minggu kena keluar cari stok la cenggini.

Apa kes lagi ni

Imej
Sekali masa balik petang tadi boleh jem tak tentu hala la pulak kat lima kedai. Sudah. Ini yang ana paling benci lah. Dari dulu lagi, sejak dari kuala selangor. Aku paling benci jem. Menyampah. Ni tak tentu hala la pulak jem nyer nih. Sampai dekat dewan tu baru nampak puncanya. Ntah apa la pulak yang dibagi kat sini. Adoyaiii.. Bikin kepala pinin lah..

Bengkel Pengurusan Guru Data Johor Bahru

Imej
Hari ni bertempat di dewan SMK Taman Bukit Indah, JB held satu bengkel pengurusan untuk guru data. Leh tahan dak ramainya guru data baru. Tahniah pada semua guru data sebab dapat menjaga kesahan data untuk johor bahru sehingga ke hari ini. Alhamdulillah. Jadi hari ni bengkel dipecah kepada tiga slot. Slot pengurusan, slot semakan ralat dan terakhir slot penyata emis offline. Semoga lepas ni semua guru data jb dapat sediakan hitam putih yang lebih lengkap untuk pengurusan sekolah. InsyaAllah

Awan Nano Spesel Tutorial

Imej
Layanzzz... Mana tak menangnya... sifu johan pun campur tangan jugek. Kuikuikui... Enjoice...Sharing is power!!!

Anugerah Juara Lagu ke-26 : The Verdict

Imej
Credited to tv3... Yaaa... memang Terbaeekkk!!! AJL26 dimulakan dengan persembahan 3 lagenda muzik negara, Balada; Jamal Abdillah, Rock; Awie dan Pop; Shiela Majid. Persembahan rata rata memang all out. Yang tak best aku rasa macam sistem bunyi cam slack sikit. Faizal tahir cam biasa, rock terbaeekkk!!!! beb. Yuna, Najwa quite ok. Jac aku rasa cam kureng malam ni. Cam tak best bila ganding ngan ning & shila; sedetik lebih lagi la out kan. Alyah mantap suara dia. Yang lain biasa biasa saja. Yang aku sokong, lagu kalau berpacaran aku rasa berterabur la pulak. Hafiz memang patut menang anugerah perbelanjaan berhemah. Hehehehe. Penutup ada tribute to sudirman, lagu lagu dinyanyikan oleh black, hazama dan azlan typewriter. OK. Dah dah bebel. Berikut merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26. Tahniah pada semua. Juara : Awan Nano Naib Juara : Beribu Sesalan Tempat Ketiga : Karma Persembahan Terbaik : Kisah Hati Vokal Terbaik : Awan Nano Juara Mobile Celcom : Sede

Asyik lupa aje

Imej
Asyik lupa ajer nak bawak dua kandungan surat ni. Satunya cek dari nuffnang. Rasanya dah sebulan aku tak wat paper pun. Satu lagi resit hotel nak wat claim. Nak bawak tapi bila dah naik keter mesti tinggal tempat asal dia. Sebelum start juara lagu ni.. ni jawab dia. Lambung terus kat seat co pilot. Ada masa esok aku masukkan kat fast cheque. Yang lagi satu taruk lam bilik aku.. Moga tak lupa lagi la kan

Gelang patah prep

Imej
Esok dah mula naik kerja balik. Yang kerja, kerja la. Yang bersekolah, sekolah la. So. Esok. Pagi akan mula sibuk balik. Seminggu jugak aku tak rasa kesibukan ni. Minyak savvy aku pun dah seminggu aku tak isi. Bar dah tinggal dua. Belen meronda sebelum cuti itu hari. Nak tak nak, petang ni mesti aku penuhkan . Kalau nak harap esok... ada yang tersadai kot. Maklum la. Jalan baru aku kena lalu langsung tarak stesen minyak lam kilometer terdekat dia. Dan esok.. aku kena masuk pejabat jugak sebab aku perlu amik balik laptop yang aku pinjamkan untuk bengkel lepas. Nyesal la pulak. Memang tak jangka langsung yang mana aku tak masuk opis langsung sampai nak mula bengkel esok ni. Nak tak nak kena masuk pejabat dulu, semata mata nak amik laptop aku tu. Huhuhu Sambil sambil jalan tu snap snap gambo lalu lalang aku tu. Ni la jalan wawasan 2 yang glamer tu. Mayor dia aku la. Mayor foursquare jer la. Mana taknya.. tiap tiap hari aku lalu sini. Lepas tu mesti jumpa jeti ni pulak. Memang ka

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-26

Imej
Credited to tv3... Malam ni Anugerah Juara Lagu akan bermula. Memang lagu tahun ni terbaeekkk!!!! Susah nak jangka sapa yang menang. Tapi... Aku masih ngan lagu Kalau Berpacaran. Cuma... Kalau lagu Cinta Muka Buku yang menang, memang menangis la semua komposer komposer handalan malam nih. Kekekeke.. Sapa tau tuah manusia kan. Berikut merupakan lagu yang dipertandingkan malam nih