Free Giveaway from FAM #DemiHarimauMalaya, saya akan…

Sempena Piala Suzuki ni, FAM dah buat satu Giveaway la. Pemenang bertuah akan dapat tiket free untuk perlawanan ni. Bukan tu sahaja ada jugak jersi percuma yang akan diberi pada salah seorang daripada pemenang tiket ni. Apa nak buat?? Just tweet

#DemiHarimauMalaya, saya akan ….

mudah kan.. Nak tahu info lebih lanjut... layari http://www.fam.org.my


ni aku paste emel yang aku terima dari admin 1malaysia.com.my

Salam 1Malaysia!
Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama! Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepada skuad kebangsaan, anda sebagai penyokong Harimau Malaya dijemput untuk menghantar mesej pembakar semangat kepada pemain-pemain negara di Twitter. Mesej terpilih yang paling bersemangat dan kreatif akan memenangi tiket terhad untuk menyaksikan perlawanan ini. Mulakan mesej berkenaan dengan:
 #DemiHarimauMalaya, saya akan ….”
Seorang daripada pemenang tiket bertuah setiap perlawanan juga berpeluang untuk memenangi jersi Harimau Malaya terbaharu! Peraduan ini akan bermula pada pukul 8 malam, 21 November hingga 9 pagi, 30 November. Sebarkannya dan marilah kita sama-sama menyokong usaha pasukan kita untuk mencapai kemenangan! Maklumat lanjut dan jadual perlawanan terdapat di sini: http://www.fam.org.my.
Admin 1Malaysia.com.my

Apa korang tunggu lagi beb... tweet tweet!!!

Via Blogger PC Edisen

Enjoice...Sharing is power!!!

Ping your blog, website, or RSS feed for Free


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam