Majlis Penutup Pertandingan Kalam Jama'ie Peringkat Kebangsaan 2012

Nice. Memang sangat seronok. First of all, pasal aku boleh live blogging balik la kan. Seronok nengokkan budak baca al-quran masa Khatam Quran perdana. Sejuk jer telinga dengarkan. Pastu ada video aktiviti semasa program. Sayang tak dapat dengar apa yang bebudak tu buat masa pertandingan. Sekalu imbas cam choral speaking, tapi tak tahu la kan. Kena tunggu sampai persembahan pemenang nanti. Ni kali pertama kalam jama'ie dibuat.

Seterusnya ucapan aluan dari KS SPI selaku wakil pengarah pelajaran Johor dan diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh pengarah BPI selaku wakil KPM. Majlis diteruskan dengan ulasan dari ketua hakim, katanya persembahan, isi dan bahasa kebanyakan kumpulan bervariasi, bertenaga, sesuai dan menarik. Walaubagaimanapun, perrgerakan perlu diperkemaskan lagi dan tidak keterlaluan, dan ekpresi muka kena sesuai dengan isi. Berikut merupakan markah dan pemenang :

Pertama : 83.87% Terengganu
Kedua : 79.35% Johor
Ketiga : 78.1% Pahang

Kumpulan Ar-Raudhah seterunya diberi penghormatan untuk membuat persembahan di pentas utama. Yup. They deserve to win. Fullstop! << abaikan ayat dari orang yang hanya tengok 1 persembahan ni aje. Kekeke. Cuma satu jer la yang patut diteliti, bab conductor yang membontoti audience tu... Hmmm... Majlis penyampaian hadiah menyusul kemudiannya, dimulakan dengan hakim, ketua kontijen dan seterusnya peserta pertandingan.

Ehem ehem... Gimiknyer last sekali daaa.... Apapun tahniah pada semua yang terlibat.
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam