Semoga cepat sembuh Ziqri

mknace unlimited™ | ziqri
Ala cian budak bucuk ziqri nih
Ni hari kedua aku amik cuti rehat. Sahih la Ziqri ada sedikit tanda tanda penyakit ehem ehem tu. Tapi cam kata doktor, tak berapa teruk; tapi kena buat pemantauan selalu (cam kat jabatan ler pulak ayat nih). Tengok bibir dia pun dah tak bengkak cam semalam. Alhamdulillah. Ubat memang aku paksa jugak ziqri makan ikut time. Mana boleh asik taknak ajer kan. Mandi kerap. Tonyoh dettol kat kaki, tonyoh dettol kat tangan, pastu baru habis satu badan aku kerjakan. Tu la rutin aku sepanjang cuti nih. Tak kisah la. Janji Ziqri beransur baik kan. Sian kan dia. Aku tak kasi dia campur orang langsung.

Petang tadi check, tengok biji biji kat kaki kanan dan kiri, tangan kanan masih ada. Tangan kiri jer takde. Nanti nak tengok la lagi cemana aku nak cepatkan proses penyembuhan dia. Tak seronok la nengok keadaan dia yang asik merengek jer nak berkawan nih. Doakan yang terbaeekkk!!!!

ps : sempat aku jengah segala web, cari mana tau ada cara lain lagi kan.. Ni salah satu yang aku jumpa.

Keterangan ini diambil dari web Rehal Child Development Centre

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

Pengenalan

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 danEchovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit

Demam panas Sakit tekak Kurang selera makan Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah) Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalamtempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan

Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:




  • Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
  • Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
  • Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut
  • Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
  • Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut, pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
  • Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga


  • Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

    Langkah-Langkah Pencegahan



  • Sentiasa menjaga kebersihan diri Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampinyang kotor dan sebelum makan
    Jangan berkongsi barang-barang persendirian Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin
  • Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih
  • Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan


  • PERINGATAN Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak ada mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:



  • Demam panas yang tidak menurun
  • Mengantuk dan kelihatan letih lesu
  • Gelisah
  • Muntah berulang-ulang
  • Tiada selera makan
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung laju
  • Kembung perut
  • Tidak membuang air kecil
  • Lemah anggota kaki
  • Otot tersentak
  • Pergerakan mata yang luar biasa


  • Via Blogger PC Edisen

    Enjoice...Sharing is power!!!

    mknace unlimited™ | kaki kiri
    Ada bintik bintik kecik kat kaki kiri

    mknace unlimited™ | tangan kanan
    Ni tangan kanan dia

    mknace unlimited™ | kaki kanan
    Kaki kanan paling banyak la

    mknace unlimited™ | ziqri
    Cian budak bucuk sorang nih

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

    PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

    PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam