PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012



Setel jer urusan kat pejabat, terus gerak ke Good Hope. Aku pun dari awal dah cakap kat semua pasal aku nak bagi short brief pasal apa yang akan dibuat sepanjang event ni, disamping nak selaraskan supaya takde yang terlepas pandang nanti. Pasal untuk SPMICT, kami kena bantu dari segi teknikal terutama untuk dokumentasi dan tayangan semasa majlis penutup nanti.



So, sekali masa aku sampai agak terkejut pasal ketiga-tiga team untuk dokumentasi ada. Wauu.. SPMICT, Multimedia PPDJB dan BTPN. Waaahh.. Ini sudah bagus. Jarang jadi gini. So, tak kisah la. Maknanya semua team ada. Lagi senang nak buat kerja. Brief pasal jadual, tugas dan pakaian untuk majlis akhir nanti; sebab venue akhir di Dewan Undangan Negeri.



Alang-alang piala dah sampai.. snap sedas. Hehehe. Sapa punya agaknya piala ni nanti. Kita tunggu sapa yang dapaattt...



Sementara itu... Sesi pendaftaran peserta masih berlangsung. Setel semua briefing. Tinggal esok aku nak gi tengok tempat majlis akhir dilangsungkan. Nak readykan untuk tayangan nanti..

ps : Habis jer briefing semua pakat menayang gadget memasing.. Pakat taknak kalah. Kekekeke. Sesi membohong jer lebih.. Kuikuikui

Posted via Blogger PC Edisen

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam