Sabtu, 12 Mei 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 Tahun 1433H/2012M

Nampaknya satu lagi majlis besar peringkat kebangsaan akan dijalankan di Johor. Terbaeekkk!!!! Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-55 Tahun 1433H/2012M akan diadakan mulai 4 hingga 8 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.



Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Jun 2012 jam 8.00 malam. Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar Sultan Dan Yang Di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim pada 8 Jun 2012 jam 8.00 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru.



Posted via Blogger PC edisen


0 komen: