Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Warga Jabatan Pelajaran Johor

Petang tadi ada ldp kat dewan auditorium. Cerita berkisar tentang keselamatan berkaitan api. Ni aku nak share serba sedikit berkenaan apa yang aku dapat tadi.

Api ada dua jenis.
Jenis pertama Api terang.
Ni jenis biasa, bakar kayu n what so ever. Senang dipadam - kaedah kasi lapar, kasi lemas, kasi pisah
Jenis kedua Api elektrik
Ni bahaya, sebab 3 kaedah di atas tak leh guna; kena guna pemadam api. Selalu disebabkan litar pintas.
So, diterangkan.. Kalau nak tutup elektrik pastikan pakai sandal dan pakai kayu untuk tutup main switch. Pastikan benda ni sentiasa ada berdekatan main switch.

Untuk call bomba Pakai handphone dail 112 lebih cepat dari 999.

Seterusnya diceritakan pasal kereta mudah terbakar. Ada 2 sebab utama...
1. Bateri - pastikan skru besi yang tak kasi bateri bergerak tu ketat, kalau tak takut takut bergoncang terkena besi bonet dan hasilkan percikan api /plastik cover terminal pastikan ada
2. Minyak - paling mudah terbakar ron 95/97
So pastikan sekiranya ada pemadam api lam keter, simpan bawah seat sebelah copilot. Kalau simpan kat bonet tak guna. Beli pemadam api yang ada ventilation hole untuk memastikan ianya sukar panas, sebab kita simpan lam keter maaa...

Antara api ngan asap, Asap lagi bahaya
Kelajuan asap tinggi, lebih awal tiba berbanding api - highly toxic. 3 min akan pengsan, 5 min kemudian mati sesak nafas
Keracunan - sumber dari plastik & getah lebih beracun
Suhu asap - 350 celcius
jadi... Pastikan Kaca mata/contact lens kena keluarkan dulu.
Sebelum keluar rasa tombol. Pastu rasa celahan
Tombol sejuk, celahan panas ... Asap dah merebak, guna kain yang dibasahkan sekat celahan bahagian bawah.

Pemadam api ada 4 tempat yang perlu dilihat sebelum beli
1. Ada lubang ventilation sebelah kanan
2. Fire test rating 8a 34b / a tu area dia cover, b liter yang diguna
    X 0.65
3. Working preasure 14 bar
4. tahap kemurnian 70%

Penggera api
Paling tinggi rm70 10 tahun jangka hayat
Paling tinggi rm139 30 tahun jangka hayat
Pastikan beli yang pakai bateri, bukan pakai letrik

kalau area jb, boleh check syarikat Universal fpo, 073595229
Dia memang pakai British standard

Tu antara isi dia. Hmmm... Aku agak berminat ngan penggera api tu, pasni nak survey pasal tu. Aku tertarik debgan ayat terakhir dia...
Walaupun bezamasa yang kita ada hanya 2 minit, tapi 2 minit tu lah yang menentukan hidup atau matinya kita. Cegah sebelum parah.

Via tab7jer

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied