Taklimat Presmark P5120119



Petang ni kira cukup la seminggu aku tibai setiap hari buat taklimat. Segala gala hari. Leh kata semuanya melibatkan semua 140 buah sekolah untuk seluruh jajahan johor bahru. Cuma taklimat petang ni hanya 131 buah sekolah sahaja. Sekolah spesel cam teknik, sbp, vokasional, seni kitaorang tak tapau. Sebab dia ada pengurusan prestasi dia sendiri.

OK. Berbalik pada sistem presmark ni. Sistem ni dibangunkan untuk memudahkan pengurusan markah prestasi staf dan guru di sekolah. Actually daerah jb paling last pakai sistem ni. So, arkib kitaorang pun baru 2 tahun. Jadi tak berapa banyak sangat masalah dari segi teknikal.

Untuk slot aku, lebih kepada teknikal. Mana mana sekolah yang dah guna dengan lancar tahun lepas, just export data untuk dimasukkan ke dalam presmark versi baru. Kemudian baru 'tele'kan dengan emis terkini. Bagi sekolah yang bermasalah terus masukkan data emis terkini jer.. Diam tak diam aku nyer slot jer drag sampai 4.30 ptg. Tu pun masih laju untuk peserta. Hmmm.. kalau dah memang speed boat, tetap speed boat walau aku turunkan speed sampai hampir tak jalan pun. Kekekeke.



Pastu baru en. azhar pulak take over untuk terangkan dari segi pengisian pulak. Terang apa yang nak kena lakukan untuk presmark kali ni.



Setel semua. Aku takeover balik untuk setelkan troubleshooting. Diam tak diam dah jam 6.15 petang. Pergghhhh... Seminggu berturut turut aku belasah taklimat sampai petang. Terbaeekkkk!!!!

ps: sori pada ks dan semua orang yang call petang ni. Henpon dah disilentkan. Walaubagaimanapun semua yang miscall tu dah ditelefon semula.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP