KIP Mart ronda ronda



Setel jer part tu, terus gerak ke KIP Mart. Nak setelkan list shopping tadi. Ngan tudung iqa, aksesori lain dan pelbagai lagi. Tengah jalan hujan. Habis queue panjang aku tadi. Terus parking dan masuk ke kip mart. Target utama tudung dan aksesori iqa.



OK. Target utama setel. Anak tudung penuh. Selai dua hinggit. Kira ok ler tu. Borong 3 jer. Tudung tak jadi beli pasal dia taruk lima belas hinggit. Survey tempat lain dulu.



Dalam nak cari tudung iqa. Boleh pulak tersadai kat sini. Pasal awek ni kasi diskaun, mama pun dah cair dan terus beli. Hmmmm... No komen.



Sesambil tu aku merayap mata ke kedai depannya. Apa lagi kalau bukan singgah selalu. Bukannya nak makan, nak amik gambo jer...



Kat kedai nyonya ni jugak banyak barang dicari kami dapat. Singlet la. Tudung la. Memang terbaeekkk!!!! Tudung canggih baru RM12. Banding ngan tadi yang sampai lima belas hinggit. Memang ni yang lagi baekk!!! la kan. Aku sesaja sakat tanya apa yang canggih? ada air cond ka dalam tu. Nyonya tu ketawa ajer..



Dah di merayap ke tudung dia balik. Ish ish ish..



Dan lagi dan lagi.. sampai aku pun dah tak larat nak ngikut lagi dah oooiii...



Dan pasal aku bosan sangat baru aku terperasan kat level atas ada kedai lagi... sian kedai kedai kat atas nih



Dah ada jual motor lagi tu. Hmmm.. bila la aku nak dapat motor aku balik nih...



Sempat tangguk sotong kat sini barang sekilo. Belasah ajer la..



Sekali tertangguk lagi ikan selar barang setengah kilo.. Hehehehe... sejak aku dah masuk ppd ni. sebenarnya dah tak pernah lagi aku singgah ke pasar cenggini. Tak kena timing ngan mama. Tu yang rasa rindu la pulak nak turun sekolah balik. Dulu, ni ler aktiviti kami lepas balik sekolah.



Singgah beli sayur sesikit..



And lastly.. mesti beli nenas potong taruk kicap kegemaran aku. Hari ni tarak mood la pulak nak makan tembikai potong taruk asam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam