Jumaat, 13 Januari 2012

Movie review : Tron Legacy [2010]



Petang ni cam banyak masa la pulak. Walau aku sampai rumah lam 6 pm. Tapi pasal the gang tengah karaoke kat luar, aku malas nak dengar, tu yang jadi panjang masa aku untuk layan movie super duper ni.

Kisah yang berdurasi 2jam ++ ni digarap dari video games glamer dedulu, tron. Aku tak main games ni dulu pasal masa tu harga dia memang mahal. Zaman atari ler katakan. Melalut ler pulak aku ni.

Key. Apasal aku baru review citer tahun 2010 ni. Pasal aku hanya layan bluray or paling bodo 720p yer. Kisah pasal flynn yang bapak dia pencipta game tersohor. Satu malam bapa dia hilang lepas janji nak bawa dia tengok the grid. Grid tu nama kawasan lam game tron ciptaan dia ler. Cerita terus bawak ke watak flynn dah besar. Lepas dia bikin havoc kat syarikat milik bapak dia, kawan baik bapak dia kasi kunci ke arcade kesayangan bapa dia, atas arahan bapak dia melalui pager.

So, lepas dia masuk ke satu ruang rahsia lam arcade tu, tetiba dia sampai ke dunia tron ni. Kat sini efek memang marbeles. Rupanya dunia ni dah dikuasai oleh klon bapak dia. So, bergasak la dia kat sini sampai bapak dia yang memang memencilkan diri keluar semula sebab nak selamat anaknya ni. Tu la dia target si klon ni pun.

Ending citer ni memang tragis la. Bapak dia memang korbankan diri dia untuk pastikan klon tu musnah dan si flynn ni dapat balik ke dunia asal. Memang efek dan jalan citer terbaeekkk!!!! Aku kasik 4 bintang and the half.

Ps : aku nengok sejam last jer petang tadi, pasal sejam sebelum tu aku dah tengok semalamnya.. Kekeke



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway

0 komen: