Movie Review : Real Steel (2011)



Semalam baru sempat layan real steel bersi bluray. Perrgghhh.. Tak sempat review lagi aku dah kasi citer ni five star beb. Memang terbaeekkk!!!!

Citer pasal carlie kenton, ex boxer yang join pertandingan robot boxing. Robot dia sentiasa kalah. Satu ketika dia diminta untuk jaga balik anak dia dengan ganjaran 50k. Dia terus ambik keputusan jaga sebab dia nak duit tu. Pastu beli robot baru untuk fight lagi.

Cam biasa dia kalah teruk dan malam tu dia bawak anak dia ke tempat sampah (?!?) untuk cari spare part untuk buat robot baru balik. Anak dia jatuh dari cerun tinggi dan tersandung pada satu robot.

Anak dia amik keputusan nak amik robot sparring tu dan jadikan robot rasmi dia. Robot yang diberi nama Atom ni kemudian di train oleh charlie sendiri atas desakan anaknya.

Dengan ciri shadow pada robot tu dan digabung ngan ciri ciri hebat dari robot charlie yang dah hancur, Atom terus meniti kejayaan demi kejayaan.

Ending dia memang terbaeekkk dimana Atom diketemukan dengan robot terhebat iaitu zeus. Masa bertempur satu demi satu ciri dia rosak sehingga round terakhir, charlie terpaksa guna ciri shadow untuk teruskan perjuangan. Memang terbaeekkk!!!!

Masa tengok perlawanan akhir tu memang teruja, lebih teruja dari masa tengok citer ip man 2. Seriously. Memang patut anak dan awek dia menitis air mata nengok semangat charlie masa round 5 tu...



^_^ Terbaeekkk!!!!
by mknace
Posted via Blogaway
Galaxy Tab

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam