Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

Pagi ni sambung lagi taklimat.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Taklimat SGM Online

And we continue more on PBA...
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : More tonight : Project Based Approach

Taklimat sebelah malam bermula. Penerangan berkaitan wikispace dan google docs. Chaiyok!!!!
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Wikispace & Google Docs

Yeay...
Cuma yang tak best, berpusing pusing lam muao carik hotel
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Taklimat pun bermula

PBL - project based learning

Unit plan template - GRASPED

G - GOAL
R - ROLE
A - AUDIENCE
S - SET OF TASK / SOLUTION
P - PRODUCT : REPORT, POWERPOINT, BROSURE
E - EVALUATION
D - DELIVERY ONLINE
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Project Based Learning - unit plan template

Ada jugak memember blogger yang tanya. Cam dah lama aku tak jengjalan ke blog dia. Kisahnya pasal aku kan suka tinggal jejak. Sapa yang tak kenal aku nyer signature... Apa lagi kalau bukan "terbaeekkk!!!!". Hahaha...

Kisahnya. Aku masih lagi wat blogwalking. Tapi guna greader. Cuma lebih kepada kengkawan yang aku follow ja. Memana kengkawan yang kita follow automatik akan masuk kita nyer list. Cuba nengok pagi ni jer punyer rss.

Apa yang kita sudah baca akan hilang dari list. Kalau kita nak baca orang punya, just klik nama blog dia, dan semua entry yang masih belum dibaca akan kuar. Klik entry, dan dia akan paparkanthe whole entry. Untuk baca next, just slide ke kanan atau kiri.

Cuma... Ianya memang baik untuk aku pasal aki takkan terlepas apa korang tulis. Yang tak baiknya adalah, aku tak pernah pergi dah ke sana pasal apa yang aku baca adalah rss korang. So kepada traffic collecter tu, aku minta maaf la... Yang penting, aku tetap ikuti perkembangan dan entry orang kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Macam dah lama jer tak blogwalking

Kebelakangan ni aku tengok, makin teruk demam pelaburan emas ni. Ntah macamana jadi gitu aku pun tak paham. Yang aku tau emas sebagai perhiasan, sebagai duit. Alih alih pakat dok citer pasal emas la pulak.

Sapa tak nak duit kan. Tapi kena pikir macamana nak dapat duit tu. Jangan ikut orang aje tanpa paham apa yang kita buat. Yang aku nampak, asyik dok beli ja, jualnya bila. Ingat, untung tu datang dari mana? Kalau asyik kuar jer. Dan satu lagi, sapa pulak yang nak beli emas tu? Yang paling best, ni ler senario biasa kat malaysia. Nanti, tetiba jer surut dan hilang terus.

Sini aku tumpang paste satu artikel yang bagi aku la, has something in it. Mintak tumpang paste yer...

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pelaburan Emas?
Shared from http://www.pakdi.net/apa-yang-anda-perlu-tahu-mengenai-pelaburan-emas/

Salah satu petanda sesuatu bentuk pelaburan itu sudah sampai ke tahap bubbles, mania atau tanda awas perlu dipacakkan dalam biji mata kita semua adalah apabila pemandu teksi, tukang gunting rambut hatta yang kaki lepak kedai kopi pun bercakap pasal pelaburan tersebut.

Kalau ikut kaedah pengajian hadis, kehebatan pelaburan itu sudah sampai tahap mutawatir. Ramai sangat (ejen) bercakap benda yang sama dan mustahil untuk mereka berpakat untuk menipu. Cuma bezanya adalah, yang bercakap itu bukan para sahabat Nabi saw yang boleh kita terus percaya malah mereka cuma orang biasa yang tidak ada ilmu pelaburan pun, yang tidak tahu pun membezakan cashflow dan capital gain. Menyebabkan kita yang mendengar cerita bertaraf mutawatir itu pun rasa betul, pelaburan itu maha hebat dan kita mesti sama-sama melabur kalau tidak mahu ketinggalan bas.

Tahun 2008, rakyat Malaysia demam pelaburan saham khususnya menerusi saham amanah. Sedangkan pada 2008, pelabur besar dan pelabur professional yang telah melabur dari 2005 misalnya, telah pun mula menjual pegangan saham mereka.

Hari ini, tahun 2010, kelihatan orang demam dengan pelaburan emas. Beli pada RM 120/g jual pada RM 125/g. RM 5 untung satu gram. Ditabur pula dengan beberapa hadis-hadis Nabi yang tarafnya mengikut ulama hadis, adalah meragukan. Maka, bertebaranlah cerita yang menyatakan ini adalah bisnes Islami, ekonomi Islam!

Maka, ingin saya sebut dengan tegas itu adalah ajaran sesat ekonomi Islam.

Ekonomi Islam bukan sekadar jual beli emas untung buat untung. Peranan emas dalam ekonomi Islam adalah sebagai matawang, bukan untuk dijadikan komoditi dan seterusnya dijadikan aktivti spekulasi.

Betul, duit kertas hari ini tidak bersandarkan emas. Jadi, pejuang ekonomi Islami yang utama adalah mendesak emas dijadikan matawang dan bukan menjadi sama-sama terlibat menjadi spekulator emas dan mendakwa akviti sebegitu adalah bisnes dan jihad ekonomi yang paling Islami.

Sudah lah menjadi spekulator emas, jual beli emas fizikal pun ada yang terlibat dengan riba apabila menjual beli emas dengan berhutang. Perbuatan ini adalah sangat bertentangan dengan hadis riba.

Sekiranya tuan puan menyimpan harta dalam bentuk emas, maka itu adalah antara kaedah menyimpan yang baik. Tetapi sekiranya tuan puan sudah menganggap emas sebagai pelaburan, maka ketahuilah rule of investment is applied. Tidak ada beza melabur dalam emas dengan melabur dalam saham, hartanah, pasaran hadapan sawit dan sebagainya. Orang yang telah  membeli komoditi-komoditi tersebut beberapa tahun lepas adalah orang yang sedang menjualnya hari ini.

Dan setiap benda yang naik pasti akan jatuh!**

So, apa apa pun, pikir dan paham dengan mendalam sebelum kita buat sesuatu. Jangan asyik ikut orang tanpa kita tahu dan sedar perbuatan kita tu. Belajar dari pengalaman.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Pelaburan Emas yang hebat!!!

Bonus sebulan setengah atau naik gaji. Semuanya dengarnya sedang dikaji untuk diberi pada kakitangan kerajaan. Menarik jugak kan bila dengar cenggini. Bukannya apa, dah agak lama jugak kakitangan kerajaan tak dapat bonus. Paling banyak pun setengah bulan. Mana la nak sama ngan sesetengah orang lain yang sampai 2, 3 bulan bonus tu kan. Apa salahnya sekali sekala dapat tumpang sekaki kan. Tu pun, dah banyak suara sumbang dah berbunyi. Bendanya pun tak rasmi lagi pun. Kita tunggu aje la. Kalau dapat, alhamdulillah!!! Bila lagi nak merasa lebih sebulan kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Bajet 2012 : Kaji bonus atau naik gaji

Hmmm... Nampaknya memacam bender yang kita tak pernah jumpa dah mula menonjolkan diri. Ni kat Jepun. Lebih kurang 2 meter panjang dan berat 200 kg setiap satu. Ngeri. Satunya berkaitan makhluk tu. Keduanya, kenapa dia pakat kuar.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Obor-obor gergasi di Jepun

Perghhh!!! Lepas ja selesai majlis, terus dipamer kat muzium negara tu. Diulang... Muzium negara.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Busana perkahwinan Memey jadi pameran muzium... wow!!!!

Semalam boleh datang la pulak mood untuk layan manga based movie. Tetiba jer. Memang dah lama pun tak layan manga nih. Minggu lepas kebetulan download movie gantz, versi hd. Tu pun tak layan lagi. Yang peliknya aku lebih tertarik nak layan liar game dulu. Kalau korang perasan aku ada mention pasal manga ni dulu. Memang lebih tertarik ngan movie ni dulu.

Cerita cam biasa, memang terbaeekkk!!!! Aku ngan iqa leh layan kusyuk tuh. Durasi masa 2 jam. Yang best pasal macam macam benda yang tak jangka akan berlaku. Akiyama as always la. Memang tak boleh baca apa yang dia akan buat. Walau terkeluar dipertengahan, watak yokoya diwujudkan semula just untuk masukkan semula akiyama lam game. Nao macam biasa, gadis naif yang berjaya satukan semua orang untuk jadi the first team menang game ni. Apapun aku suka sangat. 4 and the half star for this cool movie.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Liar game the final stage

17 September yang lepas, encik Ab Al Hakim dah selamat jadi laki orang. Twin wedding ngan twin brother dia encik Ab Al Hakam. Aku memang tak dapat pergi atas sebab masalah teknikal. Mintak maaf bebanyak. Apa pun selamat pengantin baru buat mempelai.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Selamat pengantin baru encik hakim

Hari ni seluruh negara menyambut hari Malaysia ke 48. Dalam masa yang sama, kita turut menyambut hari Kemerdekaan yang ke 54; yang kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan. Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Foto dari nst tweaked using little photo.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Klik untuk cerita penuh : Selamat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.