Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

Cam best la pulak kan. Apa lagi team team permotoran. Kasi layan ini program. More at http://m.facebook.com/Johor.T.Hunt?_rdr#!/Johor.T.Hunt?refid=0
Published with Blogger-droid v1.7.2
Klik untuk cerita penuh : Explore Johor Treasure Hunt 2011

Dah makin pandai dah sekarang ni. Dulu, siap nangis bila letak sini. Sekarang, nak ambik dah pandai tolak. Buai dah berani main, gelongsor pun dah berani.
Published with Blogger-droid v1.7.1
Klik untuk cerita penuh : Ziqri dan buaian

Sesekali layan iqa mengayuh kat luar best jugak. Walau dok kat kampung, tapi motor dan keter tetap banyak. So kena teman jugak. Kalau ikut iqa, pergi kedai pun kalau boleh dia nak pergi sendiri ja.
Published with Blogger-droid v1.7.1
Klik untuk cerita penuh : Jom kayuh beskal

Jalan rutin

Sampai bila agaknya nak jem cenggini. Aku pun dah amik jalan lain. Mana tahan asyik nak berimpit jer setiap petang.
Published with Blogger-droid v1.7.1
Klik untuk cerita penuh : Jalan rutin

Jalan rutin

Sampai bila agaknya nak jem cenggini. Aku pun dah amik jalan lain. Mana tahan asyik nak berimpit jer setiap petang.
Published with Blogger-droid v1.7.1
Klik untuk cerita penuh : Jalan rutin

Cik hashim buat majlis kahwin anak dia hari senin lepas. Jarang orang buat senin. Yang best kitaorang pergi kenduri pakai baju kerja, time lunch. Abis tu takkan nak gi sesuka ati lak kan. Wan paling best sebab baju dia sama tema ngan majlis ari ni.
Published with Blogger-droid v1.7.1
Klik untuk cerita penuh : Kenduri kahwin senin

Seharian atas jalan semalam, semua lepak ini hari. Kena pulak jem kat nilai, rnr ayer keroh abis terus makanan, perut aku pun tak sedap hari ni. Perrrgghh. Yang best dari pagi ujan. Apa lagi, memang seharian cover balik penat semalam. Semua sekali pulak tu. Apa pun, sib baik balik semalam. Kalau tak. . . Ada aku amik cuti hari senin kan.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : HARI YANG PENAT

Penat jugak nak menyampai ke Tapah ni. Satunya pasal kereta aku dah over berat. Naik bukit pun around 90jer leh lepas. Perrgghh. Sampai lam kul 1.30 pm. Ngam ngam masa makan
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : HENTIAN REHAT DAN RAWAT TAPAH

BANTAL KEKABU

Berenti kat pekan pulai, beli bantal kekabu. Iqa ngan adik inaz beli bantal yang ada corak upin dan ipin. Harga rm20 sebijik.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : BANTAL KEKABU

Dah tiba ke penghujung. Mula bertolak semula ke Johor Bahru. Harap perjalanan lancar, as I will be travelling from Baling to Gelang Patah
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : PULANG KE METROPOLITAN

Ni aku memang extend satu hari lagi kat baling, kes terlepas tiket semalam la ni. So, sebelah petang dapat la ke pekan kupang.

Cam biasa, bila orang johor berbelanja kat baling, cam nak buat kenduri kata orang kampung sini. Beli serba banyak, buat stok kat jb. Setahun tak yah beli, kekeke.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : PASAR MALAM KUPANG

Setiap kali balik kampung mesti rambutan baru memutik, asal balik hijau, dah balik bandar baru nak memerah. Apa boleh buat kan.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : RAMBUTAN OH RAMBUTAN

Tajuk pasal kenangan, isi pasal kaki aku yang sakit ni da. 2 calar, 1 liang, semua pasal pijak siput duri yang ada umang umang tu. Paling tak tahan yang liang tu la. Memang tertusuk terus kat kaki aku. Pedih weiii.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : KENANGAN TERINDAH DI LANGKAWI

Sampai ja jeti kuala perlis, hujan pun turun dengan selebat lebatnya. Alhamdulillah. Semua dah selesai dengan selamat. Nak berenti makan pun susah. Last last ambik keputusan makan kat rnr gurun ja la. Dah dekat sikit ngan baling. Dan hujan pun dah berenti masa sampai situ.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : HENTIAN REHAT DAN RAWAT GURUN

Ok. Until next time. Bye bye for now
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : BABAI LANGKAWI

Kebetulan atau suratan, memang tiket jam 3 habis. Paling cepat jam 4.45. Maka hasrat nak gi dataran lang ni tercapai la jugak. Leh tahan tempat ni. Ni la landmark untuk langkawi khususnya.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : DATARAN LANG, LANGKAWI

Sebelum balik singgah semaie group lagi sekali. Ni cawangan yang paling besar. Jangan silap, semaie group ni ada 4 ke 5 cawangan di langkawi ni. Last sebelum balik. Ni baru beli pinggan mangkuk. Dah setel baru bergerak balik ke jeti.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : HAJI ISMAIL GROUP - AGAIN?!?!

Bender wajib beli kat langkawi. Paling glamour warisan saju. Dan berbagai barangan berasas gamat ada kat sini. Hmmm. . . Yang ni kat gamat gemilang ya.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : GAMAT LANGKAWI

Selesai sudah lawatan ke sini. Tengok masih banyak renovation tengah dibuat. Nanti mai sini lagi mesti rupa dah lain lagi
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Babai kota mahsuri

La ni segala rumah rumah orang yang terlibat dalam tragedi Mahsuri dah dibina kat perkampungan ni. Kalau dulu ada rumah mahsuri ja, la ni semua ada. Best jalan kat sini.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Perkampungan Kedah

Kalau dulu kita kenai makam mahsuri ja. La ni dah jadi kota mahsuri. Segala rumah dah ada. Rumah panglima hitam ada, rumah datuk pekerma jaya ada.

Yang bestnya, ni dah versi keempat makam mahsuri yang aku nengokkan. Memula dulu kat depan sekali. Terbuka cenggitu ja. Kami pernah bergambar sambil duduk sebelah nisan putih tu lagi.

Pastu, nisan putih jadi bertambah cantik, lokasi pun berubah. Aikkk. Pastu makin kedalam, nisan pun dah jadi macam la ni.

Tapi, memang makam sebenar kat tempat lain pun kan.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Makam Mahsuri

OK. Semua dah setel. Masa untuk kita mula bergerak. Babai pantai cenang. Nanti ada rejeki kami mai lagi
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Babai Pantai Cenang

Lepas mandi baru kitaorang makan. Satu kepala Rm15, budak Rm10. Bagi aku tak berbaloi sangat, pasal ngan Rm15 tu kitaorang leh sarap kat luar untuk 3 orang makan lagi best. Kebanyakan over garam. Walau aku ni hantu garam, tapi memang aku rasa over sikit la. Pasal conpliment hotel untuk 4 orang, kitaorang belasah ajer la. Tu pun, semua makan tak abis.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Sunset Boulevard

Pagi ni baru sesi konker pantai cenang kitaorang usahakan bebetul. Semua turun mandi. Ngan mama yang asyik dok kata ombak besar pun kena tarik lam laut.

Ombak memang besar, tapi kat tepi. Kat tengah ok ja. Kan dah suka semua dapat mandi lam laut. Asyik dok main kat gigi air ja.

Apa pun hati hati ngan siput siput laut yang banyak kat lam pasir tu. Kalau kena yang berduri. Mak aih... Pedih beb
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Pantai Cenang

Pagi, lepas subuh, cam biasa, aku mesti dah merayap ke pantai. Pagi ni langit bersih. Rasanya hari ni just nice untuk aktiviti jengjalan kitaorang ni.

Dari hujung ke hujung aku jalan. Ni aku ambik kat bukit yang memisahkan pantai cenang ngan pantai tengah. Dulu masa kecik selalu aku panjat bukit ni. Pernah jugak memancing kerapu panau kat sini. Sekarang dah ada restoren kat sini, the cliff nama dia, dan sebelah kiri dia adalah underwater world.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Morning, from Langkawi

Agak jauh sikit kami makan malam tu. Satu, sebab meja tak cukup di restoren yang dekat dekat. Restoren kat sini kebanyakan for outsider, harga memang melambung. So memang kena bijak memilih. Paling penting masa.pilih ikan and whatsoever, mesti terus timbang dan tanya harga dia.

Kira kat sini just nice. Keseluruhan yang kami makan malam tu berjumlah Rm 159. Kira boleh la untuk sekor jenahak masak tiga rasa, 3 bahagian ikan pari dibakar, udang dalam 5 ekor goreng butter, 2 set kerang bakar, sup daging, tomyam campur, kailan ikan masin, telur dadar, nasi 13 pinggan, fresh oren 2 jag dan ais kosong satu jag.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Warung Janggus, Pantai Cenang

Huhuhu

Sedih petang ni. Seharian hujan. Dari pagi sampai ke malam. Awan gelap di mana mana. Gambar sunset pun cikit ja cahaya matahari dia, ditutup awan hitam. Nasib nasib
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Huhuhu

Yeay. Petang tu geng kelampung kuning sudah konker pantai depan best star. Dalam hujan tu. Ombak agak kuat, lebih kepada main di gigi air, dan bina istana pasir.

Kelampung tu aku dah beli siap siap dari baling. Memang beli yang tak dipam lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Geng Kelampung Kuning

Dah check-in, ada wifi free dari lobby sampai ke bilik, sampai ke warung depan pun aku leh surf. Target utama... Pantai
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Hotel Best Star, Pantai Cenang

Masa nak ke hotel, pasal masa pun dah lewat, Kota Mahsuri pun dah tutup kan, kena pulak lalu padang matsirat. Teringat pasal tempat mahsuri kena ikat dan bunuh. So, tak dapat kota, tugu keris pun jadilah.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Tugu Keris, Padang Mat Sirat

Seriously, kalau korang gerak dari kuah ke padang matsirat, korang akan nampak satu signboard cekelat (means tempat menarik untuk dilawati) dengan header "PEMANDANGAN INDAH". Aku pun apa lagi, memang berkobar nak tengok.

Kena panjat bukit yang agak tinggi untuk sampai ke puncak. Semangat punya hal tak kisah la. Tapi bila dah sampai. . . Hek eleh . . . Setakat nak tengok airport ja. Kalau time lima tu kira ok la kan. Elok tukar la signboard tu. Penat weihh. . .
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Pemandangan indah?

Dah sampai sini, cam biasa, shopping come first, and last. Pasal apa cerita kendian. Tempat memula gi, biasa la aji semaie group. Memang leh tahan murah sejak dulu, cuma takleh tawar ja. Kat langkawi ni benda biasa murah termasuk la cekelat, rokok, pinggan mangkuk dan kain batik.

Cam biasa, bila dah sibuk memilih, memang makan masa yang lama. Aku leh bawak bebudak ni tawaf satu kuah lagi, kalau tak hujan la kan.

Lepak depan bayview, minum minum. Jalan sana sini. Melantak cekelat. Dan macam macam lagi la. Harap harap esok cuaca cerah. Kalau tak, banyak yang terbengkalai, cam hari ni. Tu yang dok shopping sakan ja tu.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Done the shopping first

Akhirnya, jam 1.00 petang sampaila kami semua ke pulau lagenda ini. Alhamdulillah. Setelah berhempas pulas berebut nak masuk bot, yang aku sendiri pun tak paham pasaipa nak kena rebut. Tempat duduk memang dah bernombor. Masuk elok ja boleh duduk. Tu yang tak paham sikit tu.

Dalam bot siap pasang kak limah gitu. Dah bersoley soley la pulak kan. Walau air pocket(?!?!) banyak kali, tapi kak limah berjaya redakan. Alhamdulillah. Selamat sampai
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Yeay dah sampai langkawi

Sampai kuala perlis around 10.45. Tu sebab aku tak suka gi alor setar. Keta slow-slow. Semua pakat aku redah ja potong. Lantak la. Tu pun lambat jugak.

Sampai jeti, ada biker datang. Nak parking bang. Baper? Sehari Rm10. Belasah ajer la. Dua hari, dua keter, dah Rm40. Yang best siap ada servis anto ambik dari parking. Boleh la.

Yang best, siap tinggal la pulak beg si atoi. Kena la patah balik ke parking. Hisshh!
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Langkawi - here we come

Bangun awal pagi ni. Lam 5.45 pagi semua dah bangun. Bersiap. Dan dah mula gerak. Yang tak bestnya. . . Hari hujan. . . Dan terus tambah lebat
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Jom ke Langkawi

Memang boleh kata seharian la kitaorang merayau kat pekan Baling semalam. Hari ni nak ke Langkawi, tu yang semalam pakat kuar buat preparation.

Paginya kuar cari baju, cari susu, merayau segala. Sebelah petangnya cari pelampung segala. Yang bestnya, siap melantak aiskrim sama burger dekat pasaraya Aneka.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Seharian meronda pekan Baling

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.