Latest Entry

mknace unlimited | the colours of life

Sepanjang perjalanan balik ke Baling, boleh kata tadak satu pun RnR yang tak berpenghuni. Almaklum saja la, musim cuti sekolah.

Aku berenti di Tapah. Dah macam tin sardin di semua tempat. Beli buah dulu, baru makan. Pastu terus belok kuar kat Kuale Kangso, saja nak jengjalan kampung la pulak kan. Sampai ke Baling around 6 jugak. Alhamdulillah.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Sesaknya hentian rehat dan rawat PLUS

Keluar ja dari Bangi, lam kepala dok congak. Nak gi putrajaya, tak nak gi putrajaya. Tapi last-last gi jugak. Kurang-kurang, ni la tempat pertama yang bebudak ni sampai untuk cuti kali ni.

Banyak renovation tengah dijalankan kat sini. Dataran pun tutup abis. Jalan-jalan ambik gambar ja la sekeliling tasik, masjid putra, medan selera(?!?), souq.

Paling best masa adik inaz nak ngepau aiskrim. Tanya dia cakap nak perisa derian, sekali dapat; terus nangis. Bila adik cakap nak derian, adik nak cekelat la. Sib baik leh tukar lain.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Putrajaya - first holiday place we got into

Semalam seharian travel atas highway plus. Mana rasa nak berenti, kami berenti. Mana rasa nak lepak, kami lepak. Baling, here we come.
Published with Blogger-droid v1.6.9
Klik untuk cerita penuh : Bergembira di sepanjang highway

Klik untuk gambar yang lebih besar
Meh masuk sini reramai
Kepada semua yang berminat untuk masuk pertandingan ni, pakat pi la beramai-ramai ke laman web rasmi pertandingan kat sini. Mana la tau untung nasib, dapat i-Pad sebijik kan. Sapa nak kasi.. Sekolah-sekolah yang dah sedia pakai blog tu apa lagi.. Yang penting mesti berunsurkan pendidikan.

Aku? Lain kali ja la. Aku kan suka jot apa yang aku pikir ja. Good luck semua.


Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan UPSI

Klik untuk gambar yang lebih besar
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di dunia ini...
Pejam celik, pejam celik.. dah dua tahun aku tak sambut hari guru bersama bebudak sekolah. Dah lama jugak tu aku dok kat pejabat ajer kan. Nak wat camner. Handle hari guru aje la. Tahun ni kita sambut hari guru di SJKC Kuo Kuang 2 la pulak. Hari Sabtu depan, 21 Mei. Harap semua berjalan ngan baik..

Copy lagu hari guru tahun 2011 anda di sini..
Copy lagu instrumental di sini
Copy lagu minus one di sini

Lagu ni cam lagu yang hmmm... susah aku nak kata.. Copy ajer la.. Klik sekali untuk dengar, right klik dan pilih save target as untuk donlod..

Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Selamat Hari Guru 2011

Klik untuk gambar yang lebih besar
Bergambar bersama Galaxy Tab yang digunakan semasa pelancaran ituhari...
Selesai jugak akhirnya acara terbesar untuk Unit ICT tahun ni. Karnival ICT + Pelancaran Semarak Mahkota Pendidikan. Jadi gilang gemilang disebabkan ianya dirasmikan oleh TMJ sendiri.

Penat memang penat la. Habis ja majlis, tersandar lega kat kerusi tu. Tapi kelmarin dan semalam; aku dah mula sibuk balik. Data EMiS banyak lagi nak kena betulkan. 16 Mei ni kewangan dah nak tarik data tu. Bahaya kalau salah ni. Hmm... tak abis abis ngan sibuk aku ni.

Klik sini untuk lihat foto karnival ict
Klik sini untuk lihat foto Semarak Mahkota Pendidikan

ps : aku memang tak snap walau sekepin pun picas picas ni.. aku kutip dari sesapa ja yang lalu sebelah aku. TQ pada yang sudi kasi kat aku tu. Dari 1000++ aku dah pilih <200 untuk dimasukkan lam FB PPDJB.
Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Alhamdulillah

Klik untuk gambar yang lebih besar
Maybe ni gambo last kami bersantai bersama masa mesyuarat di Muar
Tak sangka. Baru Khamis lepas aku bersama ngan Fauzi. Verifikasi data EMiS negeri di Pasir Gudang. Last sebelum aku balik, tetiba dia peluk aku dan kata dia akan rindukan aku. Aku tergamam ja dan senyum. Sempat lagi bergurau tu. Tak sangka tu memang perkataan akhir dia pada aku. Nyesal jugak pasal apa aku nak jugak balik petang tu, sedangkan aku masih boleh balik sebelah malamnya. Memang dah takdir Tuhan.

Pagi tadi memang aku bersama bos-bos maklumat bergerak ke Batu Pahat bersama. Sampai ja rumahnya, dah selesai disembahyangkan. Tapi memang Tuhan nak jugak kami menatap wajahnya buat kali terakhir. Dapat kami tengok sebelum dikebumikan. Memang sedih. Kemalangan semasa pulang dari setting server baru di PPD jam 12 malam hari Sabtu. Bertembung dengan Hilux yang terbabas, dipandu pemandu mabuk; dan lari dari tempat kejadian. Tak sangka. Malam tu jugak buat post mortem dan paginya dikebumikan di Banang Jaya. Apa pun aku berdoa semoga Tuhan memberkati dan menempatkan rohnya di tempat orang-orang yang beriman.


Enjoice...Sharing is power!!!
Klik untuk cerita penuh : Perginya seorang sahabat seperjuangan

Blog Widget by LinkWithin

Arkib Blog


 

Hakcipta terpelihara ©2007 mknaceulimited.blogspot.com
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dari blog ini.