DIY : Reset semula counter MP145

Klik untuk gambar yang lebih besar
Foto diambik dari asmoa6.izihost.org
Tensen giler hari ni. Mana taknya. Akhirnya Error paling hebat untuk MP145 pun dah kuar. Error 27. Memang tokleh nak wat paper dah. Error 27 ni kuar bila absorber dah totally full. Eleh.. setakat counter jer kan. Kalau Error 8 keluar, kita masih boleh tekan butang Color untuk bypass problem nih.. Tapi kalau dah Error 27, memang kena reset counter balik.

Browse untuk solution>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Gambo ambik dari http://www.dokterprinter.com

Jenuh search pakcik google. Banyak solution jumpa. Semua sama. Tapi bila try.. hampeh.. Apa salah la pulak ni.. Sekali cari kat makcik youtube.. Baru jumpa.. Kena nengok jugak gamaknya..

Kaedah dia..

1. Tekan kedua-dua butang ON/OFF dan Stop/Reset. Jangan lepas sampai butang ON/OFF menyala lampu hijau.

2. Lepas buang Stop/Reset sahaja.

3. Dengan jari masih di butang ON/OFF, tekan butang Stop/Reset dua kali.

4. Lepas butang ON/OFF. Tunggu indikator jadi 0.

5. Tekan Stop/Reset empat kali.

6. Tekan butang ON/OFF sehingga printer mati. (Shut down la tu)

7. Hidupkan semula printer dan Error 27 dah takde.. Indikator dah tunjuk 1.. Yeaayyy!!!


Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Encik Anif berkata…
Info yang sangat berguna. Kadang-kadang bila sudah sampai masa, memang kena buat reset tu.
nuci berkata…
thanks ye...amat membantu..ni la yg aturan paling paham nk ikut..

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam