Prom Muao wif lap Day 1

Klik untuk gambar yang lebih besar
Rajin tul tukau carpet lam lip hari hari
Hari pertama kat muao. Penat sikit la hari nih. Paginya ada mesyuarat kat Jabatan. Pastu terus gerak ke muao. Sekali ada jem la pulak tetengah highway. Bengkerk la jugak jap. Sesambil tu jari sibuk dok search hotel riverview kat gps. Tak jumpa jumpa. Berenti kat tol. Search lagi.. Last last aku search muao trader, pasal tau dia tepi sungai kan. Ada la sikit sedara tepi sungai kan. Pastu terus pecut.

Sekali sampai ke tengah muao leh nampak la pulak signboard.. Sib baik. Sekali aku berenti depan hotel, shamsul pun berenti sebelah aku. Timing baik tu.. Masuk, lepak jap, tempatkan keter kat parking hotel, parking dia open air.. terus tertido. bengong tul.. kepala berat nih..

Sebelah petang makan kat luar hotel, pasal tempat makan memang kena keluar hotel hehehe.. Pastu malam terus mula meeting. Berasap aku malam nih. Kena ajer.. Banyak yang tak keyin lagi. Itulah inilah. Salah tagging la.. Salah letak la.. Adoiii.. Nak buat camna.. ni la first time kita nengok bebetul ralat pengesahan.. sebelum ni semua asyik nengok ralat pengisian ja. Means.. sebelum ni, janji isi, ralat tu hilang; this time.. if the data not valid.. ralat beb.. Bagus buat camni sebenarnya. Walau sebelum ni aku buat jugak sesikit, dengan ilmu terbatas aku memang tak clear banyak jugak. Kali ni setiap sektor pun turun, jadi memang banyak bender baru yang aku belajar.. Nice.. tapi berasap la kan>>>>



©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Hihihihi.. sifat kemelayuan yang masih tinggi. Dah biasa kan.. Tapi kat hotel ni, kita duduk dengan ramai orang yang kita sendiri tak kenal.. hati hati lain kali..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah mula dah sesi malam tu

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Haaaa... dulu asyik ngan mersing ja.. sekaranggg...

Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016